Ketua Pemuda UMNO Tampin Meninggal Dunia

SEREMBAN, 9 Nov – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tampin Muhammad Hafez Hezmi, 38, meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di kediamannya di Krubong, Melaka kira-kira pukul 2.30 pagi tadi. Perkara itu disahkan Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir ketika dihubungi di sini hari ini. “Saya dapat maklumat Muhammad Hafez telah pergi awal pagi tadi, satu berita […]

» Read more

Ahmad Shabery Cerita ‘Lahabau’… Nak Ucap Boleh Tapi Jangan Kuat Sangat, Tak Perlulah Buat Poster

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Semalam tular berkaitan Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching memohon maaf kepada orang ramai susulan kesalahan penggunaan perkataan ‘lahabau’ yang dimuat naiknya di laman facebook ketika berkempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Dalam hal ini, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek turut mengambil kisah dengan menceritakan berkaitan ‘lahabau’ merujuk kepada […]

» Read more

Isu Hartal Doktor Kontrak Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Isu perjawatan tetap kepada doktor kontrak dan langkah kerajaan dalam menghadapi gelombang kedua Hartal Doktor Kontrak antara tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat menerusi laman web rasmi Parlimen, isu berkenaan diajukan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) kepada Menteri Kesihatan pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri. Dalam pada itu, Wan Hassan […]

» Read more

Malaysia-Singapura Akan Lancar VTL Antara Changi Dan KLIA – PM Ismail Sabri Dan PM LEE Hsien Loong

KUALA LUMPUR, 8 Nov – Malaysia dan Singapura akan melancarkan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mulai 29 Nov 2021. Perkara itu dinyatakan dalam satu kenyataan bersama oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong yang dikeluarkan selepas kedua-dua pemimpin berbincang melalui […]

» Read more

Doktor, Petugas Kesihatan Malaysia Berpeluang Bekerja Dan Timba Kepakaran Di UK – Khairy

KUALA LUMPUR, 8 Nov – Malaysia dan United Kingdom (UK) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) mengenai kerjasama dalam sektor kesihatan bagi memudahkan lebih ramai doktor dan pekerja kesihatan Malaysia untuk bekerja serta meningkatkan kepakaran di negara itu. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata perjanjian itu akan membuka ruang kepada doktor dan pekerja kesihatan Malaysia terutama mereka yang menamatkan latihan atau […]

» Read more

Bencana Dalam Bencana, Setiap Agensi Perlu Jadi “Responder” Yang Baik

PUTRAJAYA, 8 Nov – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu setiap agensi terlibat menjadi “responder” atau agensi penggerak balas yang baik semasa menyelamat dan menguruskan pusat pemindahan ketika menghadapi situasi “bencana dalam bencana”. Dengan pandemik COVID-19 dan varian-variannya masih belum terhapus, beliau berkata penyelarasan sumber dan kerjasama padu antara agensi-agensi kerajaan adalah diperlukan dalam menghadapi situasi “bencana dalam […]

» Read more

Malaysia Sedia Bincang Laluan Perjalanan Vaksinasi Tanpa Kuarantin Untuk Pengembara UK – Khairy

KUALA LUMPUR, 8 Nov – Malaysia sedia berbincang dengan United Kingdom (UK) mengenai laluan perjalanan vaksinasi (VTL) (vaccinated travel lane) bagi pengembara dari negara itu yang lengkap divaksinasi untuk masuk ke Malaysia tanpa melalui tempoh kuarantin. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata perkara itu telah dimaklumkan kepada Setiausaha Luar, Komanwel dan Hal Ehwal Pembangunan UK, Elizabeth Truss, dengan persetujuan Menteri Luar […]

» Read more

SST Projek Pembinaan Jalan Di Jajaran Ulu Skrang Dikeluarkan Disember

KUALA LUMPUR, 8 Nov – Surat Setuju Terima (SST) untuk projek pembinaan jalan di sepanjang jajaran Ulu Skrang, Sarawak dijangka dikeluarkan Disember tahun ini, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini. Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata projek diluluskan dalam Rolling Plan Pertama Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) itu dengan kos RM28.5 juta kini dalam peringkat perolehan. Beliau berkata demikian […]

» Read more

Undang-Undang Berkaitan Perjudian Diteliti, Kajian Sedang Dijalankan – KDN

KUALA LUMPUR, 8 Nov – Kerajaan sedang meneliti undang-undang berkaitan judi sedia ada untuk tujuan pindaan penambahbaikan bagi memastikan undang-undang itu relevan dengan perubahan modus operandi sindiket perjudian terutamanya perjudian dalam talian. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said berkata justeru, Kementerian Dalam Negeri telah terlibat dalam kajian undang-undang berkaitan perjudian yang sedang dijalankan oleh Kementerian Kewangan […]

» Read more

Isu Judi Dalam Talian Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 8 Nov – Persidangan Dewan Rakyat hari ini antara lain akan mengupas isu berkenaan langkah serta tindakan undang-undang bagi membendung perjudian dalam talian. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, persoalan itu akan diajukan oleh Noorita Sual (PH-Tenom) kepada Menteri Dalam Negeri. Selain itu, Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) akan mengemukakan soalan kepada Menteri Belia dan Sukan […]

» Read more
1 … 1,567 1,568 1,569 1,570 1,571 … 2,364