Derhaka Pada Agong: Pembatalan Ordinan Darurat Tanpa Bahas Di Parlimen, PM Perlu Berundur

SHAH ALAM, 30 Julai – Merujuk kepada kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Wanita UMNO Negeri Selangor kesal dengan tindakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Undang-Undang Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang derhaka dengan tidak mematuhi perkenan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk membentangkan ordinan darurat bagi dibahaskan dan diluluskan oleh sidang Parlimen yang bermula pada […]

» Read more

Situasi Semasa Jangkitan COVID-19 Semasa Pelaksanaan Sidang Mesyuarat Khas Parlimen

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Pada 29 Julai 2021 jam 12.30 tengah hari, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah dimaklumkan mengenai dua (2) kes positif COVID-19 yang telah hadir ke Parlimen. Kes pertama merupakan seorang petugas yang telah hadir ke Parlimen pada 26 Julai 2021 (Isnin) sehingga 28 Julai 2021 (Rabu) dan dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Julai 2021 melalui ujian […]

» Read more

Mohd Hafarizam Bebas Tuduhan Pengubahan Wang Haram RM15 Juta

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Penasihat Undang-Undang UMNO Datuk Mohd Hafarizam Harun, hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada tiga pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM15 juta, yang didakwa diterima daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Hakim Suzana Hussin memutuskan demikian, selepas Timbalan Pendakwa Raya Datuk Ishak Mohd Yusoff memaklumkan kepada mahkamah bahawa […]

» Read more

Konsortium Sumber Elektronik Pendidikan Tinggi Beri Maklumat Ilmiah Secara Digital – Noraini

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Penubuhan Konsortium Sumber Elektronik Pendidikan Tinggi menjadi pemangkin ke arah inisiatif strategik, dalam menyediakan infostruktur sumber maklumat ilmiah digital berkualiti kepada warga pendidikan tinggi, terutama dalam situasi COVID-19 yang melanda negara dan dunia. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dalam kenyataan hari ini memaklumkan, konsortium itu juga akan mencapai penjimatan dan keberkesanan kos […]

» Read more

Vaksinasi Harian COVID-19 Melebihi 500,000 Dos Empat Hari Berturut-Turut

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Jumlah vaksinasi harian COVID-19 di negara ini mencatat angka melebihi 500,000 dos selama empat hari berturut-turut dengan 556,404 dos suntikan diberikan semalam. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik di Twitternya berkata jumlah pemberian vaksin itu adalah yang tertinggi sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dimulakan pada 24 Feb lepas. Katanya daripada […]

» Read more

Semua Ahli UMNO Tanpa Mengira Kedudukan, Pangkat Wajib Akur Dan Patuh Pendirian Rasmi Parti – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Pendirian rasmi UMNO telahpun dinyatakan oleh Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kelmarin dan semua ahli serta pendokong setia parti walau apa pun kedudukan, jawatan dan pangkat mereka di dalam dan di luar kerajaan, wajib akur dan patuh terhadap pendirian tersebut. Menurut Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan, pendirian rasmi UMNO adalah keputusan kolektif […]

» Read more

PM, Menteri Undang-undang Mesti Henti Manipulasi Kenyataan Dan Tindakan – Puteri UMNO Johor

JOHOR BAHRU, 30 Julai – Pergerakan Puteri UMNO Negeri Johor memandang serius titah Yang di-Pertuan Agong yang menzahirkan rasa amat dukacita mengenai kekeliruan berkenaan pembatalan semua Ordinan Darurat melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Negara. Katanya Ketuanya Nur Ain A.Rahman, Pergerakan Puteri UMNO negeri melihat pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat sebagaimana yang diumumkan Menteri Undang-undang pada Isnin lalu di Parlimen amat […]

» Read more

Malaysia Berada Dalam Krisis Perlembagaan, Jalan Keluar Adalah Kerajaan Interim – Khaled

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Malaysia sedang berada dalam suatu krisis perlembagaan dan kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam tidak menjernihkan keadaan malah akan menjadikan ia semakin meruncing. Menurutnya, wakil rakyat UMNO hanya mempunyai satu pilihan iaitu mendukung titah Seri Padukan Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan sepenuh jiwa dan […]

» Read more

Batal Ordinan Darurat Tanpa Perkenan Agong Jelas Cabuli Prinsip Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen

IPOH, 30 Julai – Barisan Nasional (BN) Negeri Perak menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menzahirkan perasaan amat dukacita berhubung pembatalan Ordinan-ordinan Darurat. Kata Pengerusinya Datuk Saarani Mohamad, adalah amat malang apabila keprihatinan Seri Paduka Baginda dalam soal menangani krisis COVID-19 yang mencengkam kehidupan rakyat bukan sahaja dikesampingkan, malah tindakan kerajaan membatalkan Ordinan […]

» Read more

Kenyataan Istana : Hari  Yang Sangat Mengecewakan Buat Rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR, 29 Julai –  Hari ini merupakan hari yang sangat mengecewakan buat rakyat Malaysia apabila Kerajaan pimpinan Perdana Menteri telah terbukti membelakangi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tindakan membelakangkan Institusi Diraja ini merupakan satu bentuk penderhakaan dan perlu ditentang habis-habisan. Sebagai rakyat yang setia kepada Rajanya, penderhakaan ini tidak boleh diterima sama sekali, demikian pandangan Ketua Pemuda UMNO […]

» Read more
1 1,569 1,570 1,571 1,572 1,573 2,271