Statistik Penjawat Awam Enggan Terima Vaksin Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 10 Nov – Statistik penjawat awam yang enggan divaksin atau belum bersedia menerima vaksinasi COVID-19 tanpa alasan kukuh adalah antara soalan yang akan dikemukakan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman web rasmi Parlimen, persoalan itu akan diajukan oleh Chan Foong Hin (PH-Kota Kinabalu) kepada Perdana Menteri pada sesi soal jawab. Datuk Seri […]

» Read more

Covid: 98.1 Peratus Kes Baharu Dalam Kategori Satu, Dua – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Sebanyak 98.1 peratus atau 5,301 kes daripada jumlah keseluruhan 5,403 kes baharu COVID-19 yang dilapor hari ini terdiri daripada kategori satu dan dua, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata sebanyak 1.9 peratus atau 102 kes baharu COVID-19 pula dalam kategori tiga, empat dan lima. “Sebanyak 545 kes memerlukan rawatan […]

» Read more

Nilai Murni, Integriti Menyeluruh Penting Dalam Mendepani Cabaran Ekonomi, Fasa Endemik

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Pengamalan nilai-nilai murni atau integriti secara menyeluruh oleh semua Keluarga Malaysia amatlah penting dalam berdepan dengan keadaan ekonomi yang mencabar serta fasa endemik COVID-19, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata semangat integriti Keluarga Malaysia sangat dituntut dalam membentuk satu masyarakat yang menghargai semangat keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran hidup dalam mendepani cabaran […]

» Read more

Sebanyak 69 PBT Capai Tahap Mampan – Reezal Merican

PUTRAJAYA, 9 Nov – Sebanyak 69 daripada 102 pihak berkuasa tempatan (PBT) yang dinilai menerusi sistem Jaringan Penunjuk Mampan Bandar Luar Bandar Malaysia (MURNInets) pada tahun ini berada di tahap mampan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. “Baki 33 lagi PBT yang dinilai menerusi sistem itu pula mencapai tahap sederhana mampan,” katanya ketika berucap […]

» Read more

Ismail Sabri Tiba Di Jakarta Untuk Lawatan Rasmi Ke Indonesia

JAKARTA, 9 Nov – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Jakarta pada Selasa untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia atas undangan Presiden Joko Widodo. Ismail Sabri tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma di sini kira-kira 10.10 pagi, diiringi Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, kedua-duanya memakai baju batik Malaysia yang akan […]

» Read more

Bung Moktar Seru Semua Ahli Parlimen Sokong Akta Anti Lompat Parti

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Seorang Ahli Parlimen hari ini menyeru semua wakil rakyat untuk menyokong usul berhubung Akta Anti Lompat parti yang dicadangkan Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang), apabila ia dibentang di Dewan Rakyat. Ketika sesi perbahasan Bajet 2022 pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata usul berkenaan sewajarnya diterima bagi memastikan […]

» Read more

Agenda BN Serius Untuk Kestabilan Politik Demi Kemakmuran Rakyat – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Rakyat khususnya para pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka diminta untuk memberikan kepercayaan kepada parti teras yang sudah terbukti pengalaman bagi memastikan wujudnya kestabilan politik demi menyumbang kepada kemakmuran negeri. Timbalan Presiden UMNO merangkap Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Barisan Nasional (BN) menawarkan calon sebagaimana kehendak orang ramai […]

» Read more

Unjuran Keperluan Pegawai Perubatan Tetap Dikemuka Kepada JPA, Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Kementerian Kesihatan (KKM) kini dalam proses menyediakan unjuran berkenaan jumlah pegawai perubatan yang perlu dilantik secara tetap. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata unjuran itu akan dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan untuk meneliti pelantikan jawatan tersebut mengikut keperluan pada masa depan. “Saya tak pasti kalau kita dapat serap semua (secara tetap) yang […]

» Read more

Pendidikan, Modal Insan Antara Diberi Tumpuan Bajet Johor 2022

JOHOR BAHRU, 9 Nov – Sektor pendidikan dan pemerkasaan modal insan antara yang diberi tumpuan oleh kerajaan negeri dalam Bajet Johor 2022 yang akan dibentangkan pada akhir bulan ini. Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad berkata kerajaan negeri memberi fokus terhadap usaha melestarikan pendidikan dan latihan kemahiran dalam usaha melahirkan modal insan yang berketrampilan serta berkemahiran tinggi. “Justeru, kita perlu sentiasa […]

» Read more

Pelan Tindakan Hala Tuju Teknologi Dan Ekonomi Hidrogen Sedang Dirangka – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Satu pelan tindakan hala tuju teknologi dan ekonomi hidrogen sedang dirangka ke arah menjadikan Malaysia sebagai antara pemain utama industri hidrogen sama ada di rantau Asia Tenggara mahupun dunia. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba berkata kementerian melalui Pusat Nanoteknologi Kebangsaan melantik syarikat NanoMalaysia Berhad sebagai rakan strategik bagi merangka pelan […]

» Read more
1 … 1,566 1,567 1,568 1,569 1,570 … 2,364