Kerajaan Di Bawah UMNO/BN Berupaya Baiki Ekonomi Negara – Ahmad Maslan

  KUALA LUMPUR, 17 Nov – Setiausaha Agung UMNO (SUA) Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob UMNO/Barisan Nasional (BN) berupaya memperbaiki ekonomi negara dan ekonomi rakyat. Jelasnya, tajuk berita menarik tentang tahap keyakinan pelabur terhadap Malaysia melonjak di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri. “Laporan akhbar hari ini sebut indeks FBM KLCI melantun semula. Sentimen […]

» Read more

UMNO Rakam Takziah, Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 17 Nov – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama seluruh kepimpinan dan ahli parti merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah, Allahyarham Datuk Seri Abdul Ghafar Atan yang telah kembali ke rahmatullah. Katanya, pemergian Allahyarham secara tiba-tiba sangat memberi kesan kepada semua yang masih meneruskan perjuangan demi kemenangan parti pada PRN Melaka […]

» Read more

Jadikan PRU-14 Pengajaran, Kestabilan Politik Penting Dalam Bangunkan Negara – Johari Ghani

JASIN, 17 Nov – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berharap rakyat di Melaka mengambil pengajaran daripada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Katanya ini kerana, kesan tersebut memberi impak sehingga ke hari ini apabila berlaku pertukaran kerajaan dalam pada masa yang singkat. “Macam Barisan Nasional (BN) lebih 60 tahun kita mentadbir negara, ada track record […]

» Read more

Cukuplah Sekali … Pilih BN Semula – Puad

KUALA LUMPUR, 17 Nov – “Cukuplah sekali. Pilih Semula Barisan Nasional (BN).” Demikian tegas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berhubung situasi semasa dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini. “Ini ‘war cry’ paling popular di PRN Melaka. Tepat sekali. ‘Cukuplah sekali’ kepada Pakatan Harapan (PH), cukuplah sekali kepada PPBM dan cukuplah sekali […]

» Read more

TUDM Diarah Beri Laporan Terperinci Insiden Hawk 108 – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 17 Nov – Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengarahkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menjalankan siasatan terperinci susulan insiden membabitkan pesawat Hawk 108 yang berlaku malam Selasa. Beliau berkata insiden tersebut dimaklumkan kepadanya oleh Panglima TUDM Jen Tan Sri Ackbal Abdul Samad menerusi panggilan telefon. “Seorang anggota kehilangan nyawa, seorang lagi cedera. TUDM telah diarahkan […]

» Read more

Parlimen: Lapan Kementerian Dijadual Gulung Perbahasan Bajet 2022

KUALA LUMPUR, 17 Nov – Kementerian Kesihatan dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia merupakan antara lapan kementerian yang dijadual menggulung perbahasan peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. Penggulungan perbahasan yang memasuki hari ketiga peringkat kementerian itu akan menyaksikan menteri atau timbalan menteri dari kementerian terbabit menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan 131 Ahli Parlimen kerajaan […]

» Read more

Perak Bantu Anak-Anak Kehilangan Ibu Bapa Akibat COVID-19

IPOH, 16 Nov – Kerajaan Negeri Perak akan menyalurkan bantuan termasuk biasiswa pendidikan, kelengkapan sekolah dan wang saku bulanan kepada anak-anak negeri ini yang kehilangan ibu bapa akibat COVID-19. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO Perak Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata, sehingga kini terdapat 155 kanak-kanak termasuk 72 kanak-kanak daripada golongan B40 dikenal pasti telah […]

» Read more

Pengecualian Bayaran Pinjaman PTPTN Kepada Peminjam B40, M40 Yang Dapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyediakan insentif pengecualian bayaran pinjaman kepada peminjam B40 dan M40 yang mendapat Ijazah Sarjana Muda kelas pertama. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, pengecualian itu antara usaha PTPTN membantu peminjam daripada keluarga miskin. “Baru-baru ini ketika pengumuman Bajet 2022, kerajaan bersetuju memberikan diskaun bayaran balik sebanyak 15 peratus […]

» Read more

Perdagangan Luar NCER Meningkat 13.1 Peratus Kepada RM191.7 Bilion Pada Suku Ketiga – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 16 Nov – Perdagangan luar Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) meningkat 13.1 peratus tahun ke tahun kepada RM191.7 bilion pada suku ketiga 2021 dengan jumlah sebanyak 35.1 peratus daripada keseluruhan nilai perdagangan luar Malaysia, disumbangkan oleh pemulihan dalam permintaan global. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sektor pembuatan kekal sebagai aktiviti utama dalam NCER, menyumbang sebanyak […]

» Read more

Tujuh Kriteria Sebagai Persediaan Peralihan Ke Fasa Endemik

KUALA LUMPUR, 16 Nov – Tujuh kriteria perlu dipenuhi sebagai persediaan negara untuk beralih ke fasa endemik atau ‘Reopening Safely’ dalam menuju ke arah persekitaran hidup bersama COVID-19, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau berkata ia merangkumi satu prosedur operasi standard (SOP) dengan sembilan garis panduan; sistem amaran dan tindakan (HAS); Strategi Ujian Nasional; serta TRIIS […]

» Read more
1 … 1,560 1,561 1,562 1,563 1,564 … 2,364