Kerajaan Di Bawah UMNO/BN Berupaya Baiki Ekonomi Negara – Ahmad Maslan

 

KUALA LUMPUR, 17 Nov – Setiausaha Agung UMNO (SUA) Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob UMNO/Barisan Nasional (BN) berupaya memperbaiki ekonomi negara dan ekonomi rakyat.

Jelasnya, tajuk berita menarik tentang tahap keyakinan pelabur terhadap Malaysia melonjak di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri.

“Laporan akhbar hari ini sebut indeks FBM KLCI melantun semula. Sentimen positif. Satu petanda ekonomi kembali pulih bila bursa saham naik.

“Ekonomi dijangka kukuh kembali. Inilah perkara baik utk rakyat. Tahniah kepada kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ yang diterajui pimpinan utamanya daripada BN,” katanya menerusi ciapan dalam Twitternya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.