UMNO Rakam Takziah, Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 17 Nov – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama seluruh kepimpinan dan ahli parti merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah, Allahyarham Datuk Seri Abdul Ghafar Atan yang telah kembali ke rahmatullah.

Katanya, pemergian Allahyarham secara tiba-tiba sangat memberi kesan kepada semua yang masih meneruskan perjuangan demi kemenangan parti pada PRN Melaka kali ini.

“Semoga rohnya dirahmati Allah dan ditempatkan bersama para Kekasih-Nya di alam sana.

“Marilah kita hadiahkan bacaan Al Fatihah untuk arwah dan semoga jasanya kepada perjuangan akan menjadi bekalan berharga di sisi Allah. Allahummaa Aameen Yaa Rabbal A’laameen.”

Didoakan agar Alllahyarham ditempatkan di kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.