Purata Pendapatan Penduduk Luar Bandar Meningkat 34.5 Peratus Dalam Tempoh 17 Tahun

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Purata pendapatan penduduk luar bandar di Malaysia meningkat 34.5 peratus dalam tempoh 17 tahun, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid. Beliau berkata data Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan peningkatan pendapatan penduduk luar bandar daripada RM1,729 pada 2002 kepada RM5,004 pada 2019. Katanya penduduk luar bandar juga mencatat peningkatan dalam aspek liputan bekalan air […]

» Read more

Co-Opbank Pertama Sasar Keuntungan 2021 Cecah RM90.98 Juta

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Co-opbank Pertama (CBP) menyasarkan keuntungan tahun ini mencecah RM90.98 juta berbanding RM85.11 juta pada 2020, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar. Malah, katanya, sehingga September 2021, CBP telah mencatatkan keuntungan berjumlah RM63.14 juta yang dipacu oleh pelbagai portfolio di bawah bank koperasi tersebut. Menurutnya, CBP turut menyasarkan pertumbuhan sekitar 10 peratus […]

» Read more

PRN Melaka: Calon Perlu Manfaat Ruang Kempen Disediakan RTM – Reezal Merican

JASIN, 15 Nov – Kesemua calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka perlu memanfaatkan ruang yang diberi kerajaan dengan menggunakan platform Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk memperkenalkan diri kepada masyarakat, kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata langkah RTM menyediakan ruang itu merupakan satu perkembangan baik […]

» Read more

Tiada Istilah Calon Ketua Menteri Sementara, Sulaiman Md Ali Bakal Ketua Menteri Melaka

MELAKA, 15 Nov – Pengarah Pilihan Raya Negeri Melaka, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tiada istilah calon ketua menteri sementara kerana Barisan Nasional (BN) tetap memutuskan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali sebagai bakal Ketua Menteri Melaka sekiranya BN diberi mandat pada 20 November ini. Kata Timbalan Pengerusi BN itu, parti telah menetapkan bahawa […]

» Read more

DSNN 2021-2030 Bentuk Ekosistem Nanoteknologi Dinamik

PUTRAJAYA, 15 Nov – Dasar dan Strategi Nanoteknologi Negara 2021-2030 (DSNN) dilancarkan hari ini untuk membentuk ekosistem nanoteknologi negara yang dinamik dan progresif serta mengetengahkan potensi nanoteknologi bagi menyelesaikan cabaran yang dihadapi negara. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba berkata DSNN, yang merangkumi empat teras strategik disokong oleh 15 strategi serta 32 inisiatif merentasi pelbagai sektor […]

» Read more

Jepun Sumbang Peralatan Rangkaian Sejuk Kepada Kementerian Kesihatan Malaysia

PUTRAJAYA, 15 Nov – Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini menerima sumbangan peralatan rantaian sejuk bernilai RM6 juta daripada kerajaan Jepun melalui Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) yang meningkatkan kapasiti penyimpanan vaksin COVID-19. Sumbangan berupa 184 peti sejuk, 1,343 kotak sejuk dan 1,579 pencatat data itu akan diedarkan kepada 436 kemudahan kesihatan awam di seluruh negara secara berperingkat untuk memperkukuh pengurusan […]

» Read more

Akta Baharu Berkaitan Judi Dalam Talian Perlu Digubal – Zahidi

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Undang-undang baharu berkaitan judi dalam talian perlu digubal bagi membolehkan aktiviti tersebut dapat dipantau dengan lebih berkesan, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin. Zahidi berkata buat masa ini, ketiadaan akta khusus berkenaan judi dalam talian menyukarkan pemantauan kerana domain dan protokol internet laman sesawang yang digunakan untuk kegiatan berkenaan boleh ditukar-tukar. […]

» Read more

PH Tak Boleh Dipercayai, ‘Track Record’ Gagal, PN Sama Dengan PH… Pilihlah BN – Puad

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menegaskan bahawa manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hanya retorik dan tidak boleh dipercayai. Katanya, PH ada track record ‘janji 100 hari’ yang gagal, malah satu pun tidak dipenuhi ketika 22 bulan memerintah. “Tidak perlu diulas panjang manifesto PH. Cukup mengambil […]

» Read more

Isu Gangguan Seksual, Mesej ‘SPAM’ Judi Dalam Talian Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Isu gangguan seksual dan mesej ‘spam’ yang mempromosi perjudian dalam talian akan menjadi antara persoalan dibangkitkan dalam Persidangan Dewan Rakyat yang memasuki hari ke-12, hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman rasmi Parlimen, pertanyaan itu diajukan Noorita Sual (PH-Tenom) pada sesi soal jawab yang meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan komitmen kerajaan […]

» Read more

Rekod BN, 22 Bulan PH Penanda Aras Pengundi Buat Pilihan – Ahmad Maslan

MASJID TANAH, 14 Nov  – Segala pembangunan dan segala pelaksanaan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) sebelum ini merupakan penanda aras untuk pengundi membuat pilihan yang terbaik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 Nov nanti. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan ketika berkongsi pandangannya berpandangan soal kesihatan, ekonomi setempat termasuklah segala prasarana yang ada […]

» Read more
1 … 1,562 1,563 1,564 1,565 1,566 … 2,364