Ekonomi Malaysia Kekal Berdaya Tahan Dipacu Aktiviti Swasta, Domestik

KUALA LUMPUR, 16 April – Ekonomi Malaysia masih kekal berdaya tahan pada 2019, didukung oleh kekuatan kemampanan aktiviti sektor swasta domestik meskipun dalam persekitaran luar yang mencabar. Di sebalik senario itu, pasaran modal Malaysia terus memainkan peranan penting membiayai ekonomi domestik dengan peningkatan ketara dalam aktiviti pengumpulan dana yang merentasi semua segmen pasaran, demikian menurut Suruhanjaya Sekuriti (SC) menerusi Laporan […]

» Read more

Surat Terbuka Kepada Menteri Pendidikan Malaysia – Khaled

SAYA harus mengakui bahawa membuat keputusan penting dalam waktu wabak pandemik luar biasa sebegini sangatlah sukar. 2. Demikian juga dengan keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membatalkan UPSR dan PT3 serta penangguhan semua peperiksaan utama. Ia pasti keputusan yang telah melalui pertimbangan sebaiknya. 3. Walau pun begitu, saya mempunyai perspektif yang sedikit berbeza. Saya berpandangan bahawa KPM wajar mengemukakan ‘Exit […]

» Read more

Kimma, MIBA Sumbang Makanan Untuk Penduduk Sekitar Masjid India

PUTRAJAYA, 16 April – Susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sekitar Masjid India, Presiden Kongres Indian Muslim Malaysia (Kimma) dan Persatuan Perniagaan Masjid India (MIBA) mengambil langkah awal untuk menghulurkan sumbangan kepada penduduk terlibat. Difahamkan, penguatkuasaan yang bermula Rabu melibatkan kira-kira 850 orang penduduk yang tinggal di premis sekitar kawasan itu termasuk warga asing. Sehubungan itu, bagi membantu mereka […]

» Read more

Pembatalan UPSR, PT3 Serta Penundaan SPM, SVM, STPM Dan STAM Bukti Keprihatinan Kerajaan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 16 April – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik pengumuman Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun ini dan penundaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia serta Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) kepada suku pertama tahun depan, […]

» Read more

Malaysia Perlu Transformasi Kepada Kerajaan Digital Secara Total – Mohamad

KUALA LUMPUR, 16 April – Pandemik COVID-19 memberikan negara satu pengajaran besar bahawa sistem penyampaian kerajaan mesti kalis krisis dan tidak boleh dilumpuhkan, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan. Tegasnya, transformasi kepada Kerajaan Digital secara total adalah tindakan radikal yang Malaysia sangat perlukan. “Hanya dengan demikian, kerajaan akan dapat melakukan tugasnya melindungi rakyat dalam apa jua keadaan sekalipun,” […]

» Read more

Senarai Berita Palsu Tular Setakat 9 Pagi, 16 April – KKKM

KUALA LUMPUR, 16 April – Berikut adalah senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) pagi ini. 1. Jabatan Kesihatan Negeri Negeri Sembilan (JKNNS) menafikan bahawa 8,000 penduduk dari lebih 20 taman perumahan di sekitar kawasan Sendayan diarah menjalani saringan COVID-19 dan menjelaskan hanya mereka yang […]

» Read more

Kontrak Perkhidmatan 2,070 Pegawai Perubatan, Pergigian Dan Farmasi Disambung Enam Bulan – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 15 April – Kerajaan meluluskan penyambungan kontrak perkhidmatan 2,070 pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tempoh enam bulan. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata kelulusan itu melibatkan penyambungan perkhidmatan kontrak untuk 79 pegawai perubatan Gred UD41, 852 pegawai pergigian Gred UG41 dan 1,139 pegawai farmasi Gred UF41 yang akan […]

» Read more

UPSR Dan PT3 Bagi Tahun 2020 Dibatalkan

PUTRAJAYA, 15 April – Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2020 dibatalkan, umum Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin. Beliau berkata, pembatalan UPSR tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid setelah mengikuti pendidikan peringkat rendah, kerana penilaian boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah lain. “Memandangkan keputusan UPSR dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk […]

» Read more

Konsep E-Bazar Pandu Lalu, ‘Pick-Up’ Akan Diperhalusi

PUTRAJAYA, 15 April – Cadangan operasi e-bazar Ramadan menerusi kaedah pandu lalu dan ‘pick-up’ akan diperhalusi, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, pada masa ini kabinet bersetuju membenarkan kaedah pesanan dalam talian dan penggunaan perkhidmatan e-hailing untuk penghantaran. “Kabinet minta perkara ini terus diperhalusi, kerana kebimbangan kita adalah dari segi jumlah kenderaan terlibat apabila […]

» Read more

Muar Kini Zon Merah, Jumlah Keseluruhan Zon Merah 27

KUALA LUMPUR, 15 April – Satu lagi daerah iaitu Muar di Johor dikategorikan sebagai zon merah COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan 27 kawasan setakat 12 tengah hari semalam, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM). Berdasarkan infografik CPRC KKM yang dikongsikan melalui media sosial rasmi KKM hari ini, daerah Muar merekodkan 44 kes positif COVID-19. Sementara […]

» Read more
1 1,534 1,535 1,536 1,537 1,538 1,944