Muar Kini Zon Merah, Jumlah Keseluruhan Zon Merah 27

KUALA LUMPUR, 15 April – Satu lagi daerah iaitu Muar di Johor dikategorikan sebagai zon merah COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan 27 kawasan setakat 12 tengah hari semalam, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM).

Berdasarkan infografik CPRC KKM yang dikongsikan melalui media sosial rasmi KKM hari ini, daerah Muar merekodkan 44 kes positif COVID-19.

Sementara itu, Lembah Pantai di Kuala Lumpur terus menjadi kawasan tertinggi positif COVID-19 iaitu sebanyak 572 kes, manakala Hulu Langat dan Petaling di Selangor, masing-masing merekodkan 433 dan 359 kes.

Zon merah mewakili jumlah positif COVID-19 melebihi 41 kes, zon jingga (20-40 kes), zon kuning (1-19 kes) dan zon hijau tiada kes.

Negeri Selangor masih mencatat bilangan kes positif COVID-19 tertinggi iaitu 1,299 kes.

Berikut adalah senarai lokasi zon merah lain seluruh Malaysia:

Perak
Hilir Perak – 65 kes
Kinta – 93 kes

Selangor
Sepang – 67 kes
Petaling – 359 kes
Hulu Langat – 433 kes
Gombak – 141 kes
Klang – 167 kes
Hulu Selangor – 49 kes

Kuala Lumpur
Cheras – 74 kes
Kepong – 131 kes
Lembah Pantai – 572 kes
Titiwangsa – 122 kes

Putrajaya – 54 kes

Negeri Sembilan
Seremban – 261 kes
Rembau – 53 kes

Melaka
Jasin – 68 kes
Melaka Tengah – 51 kes

Pahang
Kuantan 91
Jerantut 70

Johor
Batu Pahat – 51 kes
Kluang – 201 kes
Johor Bharu – 184 kes
Muar – 44 kes

Kelantan
Kota Bharu – 90 kes

Sarawak
Kuching – 240 kes
Kota Samarahan – 51 kes

Sabah
Tawau – 79 kes

JUMLAH 3,861

– BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.