Ketua Parti Zahir Sokongan Kepada Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Ketua parti yang mendukung kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini telah mengadakan satu pertemuan di Putrajaya dan menzahirkan sokongan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dalam catatan di laman Facebook Muhyiddin Yassin, ia turut memaklumkan kesemua pimpinan parti bermuafakat untuk memperkukuhkan persefahaman serta kerjasama demi kestabilan politik, kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Menurut catatan […]

» Read more

BN Mengalu-Alukan Penyertaan Semula Salleh Ke Dalam UMNO – Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Barisan Nasional (BN) mengambil sikap terbuka dan mengalu-alukan penyertaan semula bekas Bendahari UMNO Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak ke dalam parti tersebut (UMNO). Setiausaha Agung BN Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya tidak mempunyai halangan tentang permohonan tersebut namun individu berkenaan perlu menjalani beberapa proses yang ditentukan pengurusan tertinggi. “Kita memang ada menerima permohonan […]

» Read more

Cadangan Latihan Sukan Secara Sentuhan Bakal Dibawa Ke Mesyuarat Menteri-Menteri Mengenai PKP

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Cadangan mengenai latihan penuh secara sentuhan untuk sukan berpasukan seperti bola sepak dan sukan tempur, akan dibawa ke Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 9 Julai ini. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata dalam mensyuarat itu juga beliau akan mengusulkan supaya penganjuran kejohanan sukan dan rekreasi […]

» Read more

Sesi Persekolahan Dibuka Secara Berperingkat Bermula 15 Julai

PUTRAJAYA, 1 Julai – Pelajar tingkatan satu hingga empat dan pelajar kelas peralihan serta murid tahun lima dan enam akan kembali ke sekolah bermula 15 Julai ini. Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata pembukaan semula sekolah bagi murid tahun satu hingga empat pula adalah pada minggu berikutnya iaitu 22 Julai. “Tarikh pembukaan semula sekolah ini terpakai kepada […]

» Read more

Polis Cari Individu Kuarantin Kendiri Ingkar Jalani Saringan Kedua Covid-19

PUTRAJAYA, 1 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan digerakkan untuk menjejaki individu yang menjalani kuarantin di rumah selepas pulang dari luar negara tetapi enggan menjalani saringan kedua pada hari ke-13. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tindakan di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 boleh dikenakan terhadap mereka yang melanggar perintah pengawasan dan […]

» Read more

Kuliah, Solat Dhuha, Kelas Mengaji Dan Fardu Ain Dibenar Mulai Minggu Ini

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Kerajaan hari ini membenarkan kuliah, solat dhuha, kelas mengaji dan fardu ain untuk diadakan di masjid serta surau bermula minggu ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, kebenaran itu tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan serta mengikut saiz dan kapasiti masjid dan surau. “Masjid dan surau juga […]

» Read more

Pembukaan Semula Sektor: Agong Seru Rakyat Patuh Garis Panduan

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru rakyat supaya mematuhi garis panduan ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia susulan pembukaan semula lebih banyak sektor hari ini. Menerusi hantaran dalam akaun Facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdullah juga menyeru rakyat agar berdisiplin dengan amalan kebiasaan baharu dan kawalan kendiri bagi mengekang penularan […]

» Read more

Semua Masjid Dan Surau Di Selangor Dibuka Mulai Jumaat Ini

SHAH ALAM, 1 Julai – Semua masjid, surau dan Surau Kebenaran Solat Jumaat di Selangor dibuka untuk solat Jumaat dan solat fardhu bermula Jumaat ini. Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan mengenai perkara itu setelah mendapat taklimat daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkaitan data terkini wabak COVID-19 […]

» Read more

Salleh Mohon Sertai Semula UMNO – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 1 Julai – UMNO Sabah sudah menerima surat permohonan bekas Bendahari UMNO Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak untuk menyertai semula parti, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Bung Moktar Radin. Beliau berkata surat permohonan Salleh itu diterima UMNO Sabah satu atau dua minggu lepas. “UMNO sudah pun menerima permohonan (Salleh) secara rasmi dan saya telah […]

» Read more

Lebih Banyak Sektor Kembali Beroperasi Hari Ini

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki hari ke-106 dan hari ke-22 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini menyaksikan lebih banyak sektor ekonomi termasuk subsektor pelancongan dibenarkan beroperasi. Apa yang menjadi tumpuan adalah semua sektor yang dibenarkan ini berjaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). […]

» Read more
1 … 1,942 1,943 1,944 1,945 1,946 … 2,377