Senarai Berita Palsu Tular Setakat 9 Pagi, 16 April – KKKM

KUALA LUMPUR, 16 April – Berikut adalah senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) pagi ini.

1. Jabatan Kesihatan Negeri Negeri Sembilan (JKNNS) menafikan bahawa 8,000 penduduk dari lebih 20 taman perumahan di sekitar kawasan Sendayan diarah menjalani saringan COVID-19 dan menjelaskan hanya mereka yang diarah oleh Pejabat Kesihatan Daerah Seremban sahaja perlu menjalani saringan COVID-19.

2. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menafikan kesahihan aktiviti pengumpulan maklumat peribadi orang ramai yang dijalankan oleh GC Berhad dan menjelaskan bahawa koperasi itu tidak berdaftar dengan SKM. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.