1.5 Juta Permohonan i-Lestari KWSP Diluluskan – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 21 April – Sehingga 17 April, 2020, sebanyak 1.5 juta daripada 2.8 juta permohonan i-Lestari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah diluluskan, melibatkan pengeluaran sebanyak RM702 juta bagi bulan Mei 2020, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Melalui permohonan tersebut yang dianggarkan berjumlah RM40 bilion, pencarum KWSP boleh memilih untuk mengeluarkan RM500 sebulan selama 12 […]

» Read more

PKP: Polis Tahan Lelaki Dipercayai Warga Asing Cuba Lari Dari Kawasan PKPD

KUALA LUMPUR, 21 April – Polis menahan seorang lelaki dipercayai warga asing yang cuba melarikan diri daripada kawasan Pasar Borong Selayang di sini, yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi tadi, lelaki berusia sekitar 40-an itu dikatakan telah memanjat pagar kawat berduri yang dipasang dan keluar ke jalan raya untuk melarikan diri […]

» Read more

PKP: Majikan Kejam Buang Pekerja, Culas Bayar Gaji Perlu Dikenakan Tindakan Tegas – Hairi

KUALA LUMPUR, 21 April – Pandemik COVID-19 yang sedang melanda negara merupakan krisis kesihatan yang mengancam kelangsungan dan kesejahteraan hidup masyarakat. Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah berpandangan antara yang turut diberikan penekanan adalah isu membabitkan pekerja yang memfokuskan kepentingan majikan dan kebajikan pekerja. Katanya, namun di sebalik usaha yang dilakukan oleh kerajaan, terdapat majikan yang sanggup […]

» Read more

Zon Merah COVID-19: Rembau Lokasi Pertama Tiada Kes Aktif

KUALA LUMPUR, 21 April – Daerah Rembau di Negeri Sembilan, yang juga antara 30 Zon Merah COVID-19, menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila tiada kes aktif wabak itu direkodkan setakat tengah hari semalam. Menurut infografik Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikongsi melalui media sosial rasmi KKM hari ini, jumlah keseluruhan Zon Merah COVID-19 di seluruh […]

» Read more

Pengurusan Penyelenggaraan Jalan Berturap Sabah Kurang Cekap, Tidak Capai Objektif – Audit

KOTA KINABALU, 21 April — Pengurusan penyelenggaraan jalan berturap di Sabah oleh konsesi atau kontraktor penyelenggaraan adalah kurang cekap dan tidak mencapai objektif penyelenggaraan jalan yang ditetapkan sepenuhnya, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara. Menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2018, Siri 2, dikeluarkan semalam, berdasarkan Road Condition Index pada 2018,55.3 peratus jalan berturap negeri berada di bawah skala 3 […]

» Read more

Selagi Tiada Vaksin, Jangan Berhenti Perangi COVID-19, Patuhi PKP

KUALA LUMPUR, 21 April – Sejak dua minggu lepas, penurunan kes positif COVID-19 yang konsisten telah memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa pemulihan wabak itu di negara ini semakin memberangsangkan. Perkembangan ini jelas menunjukkan petugas barisan hadapan kesihatan dan penguat kuasa telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan cemerlang, namun matlamat itu tidak akan dicapai sepenuhnya sekiranya rakyat masih lagi mengingkari Perintah Kawalan […]

» Read more

‘Bantuan Satu Budaya’, Shafie Jangan Hina Rakyat Sabah – Raime

TENOM, 21 April – Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hingga menggelarkan ‘bantuan satu budaya’ amatlah mendukacitakan, kesal Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Haji Raime Unggi. Bidasnya, sudah pasti kenyataan Shafie tersebut mengguris hati rakyat susah di luar sana yang benar-benar memerlukan bantuan di kala ancaman wabak COVID-19 ini masih lagi berlaku dan Perintah […]

» Read more

COVID-19: Jangan Leka Dengan Penurunan – Sharkar

TEMERLOH, 21 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Mohd Sharkar Shamsudin berkata, walaupun penularan wabak COVID-19 mula menunjukkan penurunan namun itu bukan bermaksud kejayaan sudah dicapai. Jelas beliau, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan dan tindakan serta kawalan mesti diteruskan bagi memastikan penularan wabak ini dapat dibanteras. “Kita tidak boleh leka. Teruskan duduk di rumah dan patuhi Perintah Kawalan […]

» Read more

Buat Persiapan Segera Untuk Hadapi Ekonomi Pasca COVID-19 – Tengku Hassanal

KUANTAN, 20 April – Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menitahkan kerajaan negeri Pahang untuk membuat persiapan segera bagi menghadapi suasana baharu ekonomi pasca COVID-19. Tengku Hassanal bertitah normal baharu dijangka berlaku dalam aspek ekonomi dan sosial ekoran penularan wabak COVID-19 yang dihadapi dunia selain ramalan kelembapan ekonomi global yang […]

» Read more

Peniaga, Penjaja Perlu Daftar E-Bazar@Melaka – Ketua Menteri

MELAKA, 19 April – Semua peniaga dan penjaja kecil di negeri ini perlu mendaftar dan dilesenkan di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) masing-masing menerusi sistem e-Bazar@Melaka bagi membolehkan mereka berniaga secara dalam talian pada bulan Ramadan ini. Ketua Menteri Datuk Sulaiman Md Ali berkata permohonan tidak akan dikenakan sebarang caj mahupun bayaran lesen berniaga ataupun penghantar makanan oleh semua PBT […]

» Read more
1 1,529 1,530 1,531 1,532 1,533 1,944