Zon Merah COVID-19: Rembau Lokasi Pertama Tiada Kes Aktif

KUALA LUMPUR, 21 April – Daerah Rembau di Negeri Sembilan, yang juga antara 30 Zon Merah COVID-19, menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila tiada kes aktif wabak itu direkodkan setakat tengah hari semalam.

Menurut infografik Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikongsi melalui media sosial rasmi KKM hari ini, jumlah keseluruhan Zon Merah COVID-19 di seluruh negara turut kekal dengan 30 daerah.

Data itu juga menunjukkan bilangan lokasi Zon Merah dengan jumlah kes aktif lebih 40, menurun kepada 13 daerah semalam, berbanding 17 daerah pada Ahad.

Daerah terlibat ialah Petaling, Hulu Langat, dan Klang, Selangor; Kepong, Lembah Pantai dan Titiwangsa, Kuala Lumpur; Melaka Tengah, Melaka; dan Seremban, Negeri Sembilan; Kuantan, Pahang; Johor Bharu dan Kluang, Johor serta Kuching dan Kota Samarahan, Sarawak.

Sementara itu, tujuh Zon Merah dengan kes aktif antara 21 hingga 40 melibatkan Gombak, Selangor; Cheras, Kuala Lumpur; Putrajaya; Jasin, Melaka; Kulai dan Muar, Johor; dan Tawau di Sabah.

Sebanyak sembilan Zon Merah pula merekodkan kes aktif 1 hingga 20 iaitu Kota Bharu, Kelantan; Hilir Perak dan Kinta, Perak; Sepang dan Hulu Selangor, Selangor; Batu Pahat, Johor; Jerantut, Pahang; serta Kota Kinabalu dan Lahad Datu, Sabah.

Zon Merah mewakili jumlah positif COVID-19 melebihi 41 kes, Zon Jingga (21-40 kes), Zon Kuning (1-20 kes) dan Zon Hijau tiada kes.

Selangor masih mencatat bilangan kes positif COVID-19 tertinggi dengan 1,345 kes.

Berikut adalah senarai penuh lokasi Zon Merah dengan jumlah kes aktif seluruh Malaysia:

Negeri/Daerah Kes / Kes Aktif
Perak
Hilir Perak 65/ 2
Kinta 94/ 7

Selangor
Sepang 71/ 17
Petaling 374/ 111
Hulu Langat 446/ 106
Gombak 144/ 33
Klang 173/ 68
Hulu Selangor 50/ 7

Kuala Lumpur
Cheras 85/ 39
Kepong 159/ 84
Lembah Pantai 629/ 343
Titiwangsa 134/ 57

Putrajaya 77/ 33

Negeri Sembilan
Seremban 307/ 113
Rembau 53/ 0

Melaka
Jasin 68/ 42
Melaka Tengah 88/ 65

Pahang
Kuantan 121/ 73
Jerantut 72/ 11

Johor
Batu Pahat 53/ 13
Kluang 222/ 86
Johor Bharu 193/ 72
Muar 48/ 24
Kulai 45/ 23

Kelantan
Kota Bharu 90/ 6

Sarawak
Kuching 264/ 221
Kota Samarahan 62/ 55

Sabah
Tawau 80/ 33
Kota Kinabalu 44/ 17
Lahad Datu 42/ 10

JUMLAH 4,353/ 1,771

BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.