COVID: Rakyat Jangan Alpa Walau Kes Baru Semakin Menurun – PM Ismail Sabri

BERA, 18 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengingatkan rakyat untuk tidak alpa walaupan kes baru COVID-19 mula menunjukkan penurunan sejak kebelakangan ini, berbanding puluhan ribu kes semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini. Beliau berkata semua rakyat perlu menyedari situasi COVID-19 di Malaysia masih ‘belum pulih dan belum selamat’, walaupun jumlah kes baharu […]

» Read more

UMNO Pasir Puteh Usul Pinda Perlembagaan Parti, Tetapkan Pemilihan Selepas PRU

PASIR PUTEH, 18 Dis – Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Puteh hari ini sebulat suara mengusulkan cadangan untuk meminda perlembagaan parti itu bagi menetapkan pemilihan UMNO diadakan selepas Pilihan Raya Umum (PRU). Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Datuk Zawawi Othman, berkata pihaknya juga akan mengusulkan kepada kepimpinan parti itu untuk mengadakan Perhimpunan Agung Khas UMNO bagi tujuan tersebut. “Ketetapan sebulat suara […]

» Read more

Bayaran Fasa 3 Bantuan Khas COVID RM1.2 Bilion, Isnin Ini – PM Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Pembayaran Fasa 3 Bantuan Khas COVID-19 (BKC) sebanyak RM300 akan dibuat pada Isnin ini (20 Dis) melibatkan peruntukan berjumlah RM1.2 bilion untuk 3.8 juta penerima isi rumah kategori miskin dan B40, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Perdana menteri berkata dengan pembayaran itu, lengkaplah nilai bantuan di bawah BKC berjumlah RM4.6 bilion yang menzahirkan komitmen […]

» Read more

Asas Perjuangan UMNO Adalah Menyatupadukan Rakyat – Ismail Sabri

BERA, 18 Dis – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata asas perjuangan UMNO adalah untuk menyatupadukan orang Melayu, umat Islam dan Bumiputera di negara ini. Menurut Perdana Menteri, pada tahun 1946 UMNO menyatupadukan pertubuhan-pertubuhan Melayu yang berpecah ketika itu dan hasilnya Melayu menjadi kuat sehingga Inggeris sudah tidak mampu bertahan di negara ini. “Syarat untuk Melayu kuat […]

» Read more

Kerajaan Pimpinan Ismail Sabri Mampu Bawa Malaysia Ke Tahap Lebih Tinggi – UMNO Ketereh

KOTA BHARU, 18 Dis – Kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat mampu membawa Malaysia ke tahap lebih tinggi ketika rakyat masih berdepan dengan penularan wabak COVID-19. Ketua Penerangan UMNO Ketereh Datuk Roslan Ab Hamid berkata keyakinan ini dapat dilihat apabila beberapa masalah dan cabaran yang membelenggu rakyat dapat diatasi oleh Perdana Menteri menerusi pelbagai […]

» Read more

Selamat Bersidang Ahli UMNO, Jangan Sia-siakan Keyakinan Rakyat

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menenekankan agar ahli-ahli UMNO yang bakal melaksanakan persidangan Mesyuarat Bahagian esok agar tidak mensia-siakan keyakinan rakyat seperti apa yang telah rakyat buktikan dalam PRN Melaka baru-baru ini. Katanya, tiada apa mampu melemahkan kekuatan dan kesatuan UMNO selagi ahli berpegang teguh kepada kebenaran, ketulusan dan keikhlasan. “Saya ucapkan […]

» Read more

Mesyuarat Bahagian Wajahkan Semula UMNO, Teguhkan Hala Tuju Demi Perjuangan – Mustafa

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Mustafa Musa berpandangan mesyuarat UMNO bahagian kali ini adalah penting untuk mewajahkan semula UMNO bagi meneguhkan hala tuju parti keramat ini. Menurut beliau, ianya juga bagi membuktikan kepada umum bahawa dalam apa juga keadaan parti ini sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan dengan semangat yang membara daripada dalam kalangan ahli akar […]

» Read more

Perak Patuh Catuan Tebangan Di Hutan Simpanan Kekal – Menteri Besar

IPOH, 17 Dis – Aktiviti pengusahasilan hutan di Perak hanya dilaksanakan di kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) yang dikelaskan sebagai Hutan Pengeluaran berdasarkan kepada Catuan Tebangan Tahunan (CTT) yang ditetapkan Majlis Tanah Negara (MTN). Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata bagi tempoh Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), CTT yang diluluskan adalah sebanyak 33,000 hektar atau pada kadar 6,600 hektar […]

» Read more

Pendekatan Pemasaran MySTIE 5.0 Berupaya Bantu Perniagaan Terjejas

PUTRAJAYA, 17 Dis – Lima pendekatan pemasaran di bawah inisiatif pemasaran dan penjenamaan Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi Malaysia (MySTIE) 5.0 berupaya untuk membantu perniagaan yang terjejas akibat pandemik COVID-19, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba. Lima pendekatan itu adalah pemasaran yang dipacu data (data-driven marketing), ramalan (predictive marketing), kontekstual (contextual marketing), […]

» Read more

UMNO Fokus Bawa Kejayaan PRU-15… Agenda Pengukuhan, Pemerkasaan Terus Dilaksana – Shahril

KUALA LUMPUR, 17 Dis – UMNO fokus dengan agenda pengukuhan dan pemerkasaan parti khususnya selepas kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tempoh hari yang mencatatkan keputusan cukup cemerlang, kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan. Namun katanya, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dilihat sebagai fasa yang mencabar malah formula atau agenda yang lebih mampan perlu dilaksanakan […]

» Read more
1 1,442 1,443 1,444 1,445 1,446 2,273