PRU15: UMNO Perlis Bakal Tampil Calon Muka Baharu

KANGAR, 24 Mac – UMNO Perlis bakal menampilkan kombinasi calon muka baharu terdiri daripada peringkat umur pertengahan dan golongan muda dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak, kata Pengerusi Perhubungannya Datuk Seri Azlan Man. Beliau yang juga Menteri Besar Perlis berkata pihaknya sememangnya amat bersetuju bagi menampilkan calon muka baharu mengikut kombinasi peringkat umur berkenaan memandangkan ia penting bagi meneruskan […]

» Read more

Kerajaan-Pembangkang Sudah Tidak Terikat Dengan MoU – Ahmad

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berpandangan memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai oleh kerajaan dan pembangkang sudah terbatal. Katanya ini kerana, Pakatan Harapan (PH) pada semalam sudah melanggar komitmen tersebut dengan bertindak menolak usul yang dibawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Dewan Rakyat. “Pembangkang langgar MoU yang telah ditandatangani. Ini pandangan peribadi saya. Jadi […]

» Read more

Anggap Sahaja MoU Kerajaan-PH Terbatal – Dr Puad

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata anggap sahaja memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) terbatal. Dr Puad memberi reaksi demikian merujuk kepada penolakan usul bagi melanjutkan penguatkuasaan subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) oleh pihak pembangkang di Dewan Rakyat petang semalam. Dengan nada sinis, […]

» Read more

Kerjasama Kerajaan & Pembangkang Perlu Dinilai Semula, Tak Perlu Tunggu MoU Matang Julai Ini

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kerjasama antara kerajaan dan pembangkang perlu dinilai semula. Kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, mungkin telah tiba masanya kerajaan bergerak ke hadapan dan tidak perlu lagi menunggu Memorandum Persefahaman (MoU) bersama pembangkang matang pada Julai ini. Mohamad memberi respon demikian merujuk kepada Sesi Dewan Rakyat petang […]

» Read more

UMNO/BN Mesti Segera Keluar Dari Belenggu Kerjasama Yang Lemah, Tegas Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO/Barisan Nasional (BN) mesti segera keluar dari belenggu kerjasama yang lemah. Menurut Pengerusi BN itu, kegagalan usul yang dibawa oleh kerajaan untuk melanjutkan tempoh tahanan di bawah seksyen 4(5) SOSMA 2012 adalah sesuatu yang mengejutkan. “Ini kerana, jika kita merujuk kepada Memorandum Persefahaman (MoU) antara pihak […]

» Read more

Tidur Bantal Lain, Mimpi Kami Tetap Sama – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 24 Mac – Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menggambarkan hubungannya dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor, sebagai ‘tidur bantal yang lain, namun mimpi tetap sama’. Bung Moktar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag berkata walaupun Barisan Nasional (BN) tidak menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dipengerusikan Hajiji juga ADUN Sulaman, BN tetap […]

» Read more

Bekalan Air Sabah Tidak Berhasil Sebanyak 59 Peratus

KOTA KINABALU, 23 Mac – Sebanyak 59 peratus daripada bekalan air di Sabah adalah air tidak berhasil (NRW), yang merugikan kerajaan dan rakyat negeri ini, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu hari ini. Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata NRW yang agak tinggi itu berlaku, kerana beberapa faktor termasuk sistem paip lama, sistem paip tidak dinaik […]

» Read more

Pelanggaran Tata Etika Ahli: Puteri UMNO Lapor Kepada Jawatankuasa Lembaga Disiplin Parti

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia telah menerima aduan pelanggaran tata etika ahli Puteri UMNO di Perhimpunan Agung Puteri UMNO 2021 tempoh hari. Berikutan itu, pada hari ini bertarikh 23 Mac 2022, Pergerakan Puteri UMNO Malaysia telah memanjangkan aduan tersebut kepada Jawatankuasa Lembaga Disiplin UMNO untuk diperhalusi dan diambil tindakan selaras dengan perlembagaan parti. “Sebagai badan yang […]

» Read more

Pembangkang Ingkar MoU, Yang Pasti Kerajaan Tidak Boleh Ditadbir Dengan Ihsan Mereka

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Kerajaan tidak boleh selamanya ditadbir dengan mengharapkan ihsan pembangkang, tegas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Katanya, mana mungkin kestabilan politik mampu dicapai jika negara berterusan sebegitu dan mana mungkin keyakinan pelabur mampu diraih jika kerajaan dilihat tidak stabil serta boleh diugut pada bila-bila masa. Merujuk kepada penolakan usul bagi melanjutkan […]

» Read more

Minta Belah Bahagian Usul SOSMA, PH Langgar MoU Kerajaan Dan Pembangkang

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Pakatan Harapan (PH) telah melanggar Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan dan pembangkang, apabila meminta undi belah bahagian dijalankan bagi usul lanjutan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), di Dewan Rakyat hari ini. Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata pada hemat beliau, tindakan pembangkang itu menyebabkan MoU berkenaan terbatal. […]

» Read more
1 … 1,440 1,441 1,442 1,443 1,444 … 2,363