Syukur Nikmat Diberikan Allah Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun Ini – Mahdzir

KUALA LUMPUR, 1 Mei – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid meluahkan kesyukuran dengan kenikmatan yang diberikan Allah SWT untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Katanya, ini kerana berbeza seperti dua tahun lalu, umat Islam di seluruh negara berkesempatan meraikannya di kampung halaman masing-masing. “Ini merupakan tahun di mana kita dapat beraya di kampung halaman dengan sanak saudara […]

» Read more

Negara Capai Fasa Peralihan Endemik, Aidilfitri Lebih Bermakna – Noraini

KUALA LUMPUR, 1 Mei – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berpandangan Hari Raya Aidilfitri kali ini memberi makna yang tersendiri kepada umat Islam terutama di negara ini. Katanya ini kerana pada tahun ini pelbagai kelonggaran telah diberikan oleh kerajaan apatah lagi status negara daripada pandemik juga sudah mencapai ke fasa peralihan endemik. “Semoga raya kali ini […]

» Read more

Tahniah Kepada Seluruh Umat Islam Harungi Madrasah Ramadhan, Raikan Bulan Kemenangan – Asyraf

KUALA LUMPUR, 1 Mei – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh umat Islam yang telah berjaya mengharungi Ramadhan Al-Mubarak. Kata beliau sebulan menerusi tarbiah Ramadhan, kedatangan bulan Syawal yang merupakan bulan kemenangan umat Islam adalah sesuatu yang amat-amat dinantikan. “Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada seluruh umat […]

» Read more

IPT Tidak Dibenarkan Naik Yuran – KPT

KUALA LUMPUR, 30 April – Institut pengajian tinggi (IPT) tidak dibenarkan menaikkan yuran pengajian berdasarkan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang menetapkan moratorium ke atas kenaikan yuran sejak semester kedua sesi akademik 2019/2020 susulan pandemik COVID-19. Kementerian itu dalam kenyataan hari ini menjelaskan bagi universiti awam (UA) ketika ini kerajaan masih menanggung sepenuhnya kos operasi mereka. “Sumber kewangan yang disediakan […]

» Read more

Keluarga Malaysia Dijemput Hadir Rumah Terbuka PM, Jemaah Menteri 8 Mei Ini

KUALA LUMPUR, 30 April – Seluruh Keluarga Malaysia dijemput menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2022 Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ahli Jemaah Menteri pada 8 Mei ini. Menerusi hantaran di laman Facebook, Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan majlis itu bermula dari 10 pagi hingga 4 petang di Laman Sari, Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. “Semua yang […]

» Read more

Pembukaan Sempadan Negara Lonjak Ekonomi Johor

JOHOR BAHRU, 30 April – Pembukaan sempadan darat antara Malaysia-Singapura sejak 1 April lepas yang seiring dengan sambutan Aidilfitri membantu melonjakkan pertumbuhan ekonomi Johor susulan kemasukan ribuan warga republik berkenaan ke negeri ini. Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata ia sekali gus merancakkan semula pendapatan peniaga di bandar raya di sini, yang sebelum ini terjejas berikutan kekurangan pelanggan […]

» Read more

Tengku Ahmad Rithauddeen Meninggal Dunia Di Usia 94 Tahun Akibat Sakit Tua

KUALA LUMPUR, 30 April – Bekas Menteri Pertahanan Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Jalan Duta di sini pada 8.43 malam tadi, akibat sakit tua. Allahyarham berusia 94 tahun. Anak veteran UMNO itu, Tengku Farith berkata bapanya yang mesra disapa Ku Deen mengalami strok dua minggu lalu dan mendapatkan rawatan di sebuah hospital […]

» Read more

Berhati-hati Balik Kampung, Ahmad Zahid Kongsi Tujuh Tips Perjalanan Selamat

KUALA LUMPUR, 30 April – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersyukur ramai yang memilih bergerak pulang ke kampung bermula semalam untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga masing-masing. Ucapnya lagi, dengan hati tulus ikhlas mendoakan semua selamat tiba ke destinasi dan sampaikan salam kepada seluruh keluarga di kampung. “Bagaimanapun pesanan saya sentiasalah berhati-hati di jalan raya kerana tentunya kita […]

» Read more

Kerajaan Sedia Rangka Penyelesaian Susulan Peningkatan Kos Binaan – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 29 April – Kerajaan beriltizam memastikan rangka penyelesaian disediakan berikutan peningkatan mendadak kos binaan akibat konflik Rusia-Ukraine, yang memberi kesan kepada harga rumah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Sehubungan itu beliau berkata Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN) akan mencari penyelesaian terhadap masalah yang timbul selain memudahkan pembelian dan pemilikan rumah pada masa akan datang. […]

» Read more

Cubaan PPBM Mahu Bertaut Kembali Bersama Dap, PKR – Khairi

KUALA LUMPUR, 29 April – Ketua UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Datuk Mohammad Khairi A. Malik melihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menerusi Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang berusaha untuk mengembalikan Pakatan Harapan (PH) 2.0. Katanya, keadaan ini jelas menyaksikan Muhyiddin cuba mewujudkan kembali gabungan tersebut sepert yang dilakukan mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu. “Memang Muhyiddin cuba […]

» Read more
1 … 1,422 1,423 1,424 1,425 1,426 … 2,363