Tahniah Kepada Seluruh Umat Islam Harungi Madrasah Ramadhan, Raikan Bulan Kemenangan – Asyraf

KUALA LUMPUR, 1 Mei – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh umat Islam yang telah berjaya mengharungi Ramadhan Al-Mubarak.

Kata beliau sebulan menerusi tarbiah Ramadhan, kedatangan bulan Syawal yang merupakan bulan kemenangan umat Islam adalah sesuatu yang amat-amat dinantikan.

“Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada seluruh umat Islam sebagai meraikan kemenangan kita melalui sebulan ‘tarbiyah’ dalam madrasah Ramadan.

“Mudah-mudahan kita semua diberikan oleh Allah swt sebagaimana yang diungkapkan di dalam Al-quran iaitu Ramadan ini akan menjadikan kita golongan orang yang bertakqwa,” katanya dalam perutusan khas Aidilfitri.

Asyraf seterusnya berharap madrasah Ramadhan yang dilalui seluruh umat Islam  benar-benar memberi nilai ketaqwaan kepada semua.

“Mudah-mudahan kita melalui madrasah Ramadan yang sebulan lalu dengan nilai ketakwaan yang tinggi. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin,” tambahnya.- UMNO Online