Gunakan Pelbagai Kaedah Depani PRU, Aplikasi Kekuatan UMNO – Shahril Hamdan

BENTONG, 5 Jun – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan menegaskan bahawa UMNO bersama Barisan Nasional lebih baik daripada parti-parti lain yang pernah mentadbir negara. Menurutnya ianya cukup berbeza dengan pihak lain maka sewajarnya UMNO gunakan pelbagai kaedah dan mengaplikasi kekuatan parti  untuk mendepani Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. “Setiap pimpinan parti UMNO dalam setiap peringkat semuanya ada kaedah dan kemampuan […]

» Read more

Semarak Uniti Keluarga Malaysia Dipergiat Di Peringkat Akar Umbi

JEMPOL, 4 Jun – Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia akan terus dipergiat di peringkat akar umbi bagi mendukung usaha kerajaan memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat tanpa mengira perbezaan kaum, bangsa dan agama di negara ini. Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata program itu menjadi platform integrasi untuk membina dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di […]

» Read more

Larang MP Dituduh Di Mahkamah Hadir Parlimen Langgar Prinsip Asas ‘Innocent Until Proven Guilty’

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, cadangan melarang atau membenarkan Ahli Parlimen yang dituduh di mahkamah, digantung daripada menghadiri persidangan adalah melanggar prinsip asas ‘innocent until proven guilty’ dan beban pembuktian ‘beyond a reasonable doubt’. Maka tegasnya yang juga Ahli Parlimen Pontian, jangan ditambah kezaliman kepada mereka yang mungkin sedang dizalimi. “Itu baru […]

» Read more

Keluarga Malaysia: Depani Segala Cabaran Sebagai Sebuah Keluarga – Ismail Sabri

KUALA NERUS, 4 Jun – Konsep Keluarga Malaysia mengajak rakyat untuk mengenepikan segala perbezaan dan bersama menggembleng tenaga dalam mendepani apa jua cabaran sebagai sebuah keluarga. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sifat inklusif dalam konsep itu yang merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum, penting dalam usaha memulihkan semula negara selepas pandemik. “Apabila kita semua mempunyai titik persamaan, […]

» Read more

Serap Isu Rakyat, Selami Denyut Nadi Masyarakat… Pesan Presiden UMNO

BENTONG, 4 Jun – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap jentera penerangan dapat menyerap sebaiknya segala isu yang berkaitan dengan rakyat dalam usaha membantu masyarakat pelbagai peringkat. Menurut beliau segala perkara yang berkaitan dengan masyarakat perlu menjadi keutamaan supaya segala komunikasi baik secara lisan dan bukan lisan dapat diperjelaskan sebaiknya sekaligus dapat memperjuangkan soal tersebut demi kepentingan […]

» Read more

PRU-15: Bung Moktar Ingatkan Bersedia Bukan Sekadar Ungkapan Tapi Bekerja Capai Kemenangan

KOTA KINABALU, 4 Jun – Pelbagai aspek perlu diteliti untuk Barisan Nasional (BN) khususnya di Sabah sama ada parti itu benar-benar telah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa bersedia bukan sekadar ungkapan yang mudah dilaungkan dengan sorakan tanpa perancangan yang rapi. Menurut beliau persediaan itu merangkumi pelbagai aspek ini […]

» Read more

PM Ismail Sabri Ucap Selamat Jalan Kepada Kumpulan Pertama Jemaah Haji Malaysia

SEPANG, 4 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyantuni dan mengucapkan selamat jalan kepada kumpulan pertama jemaah haji Malaysia, yang akan berlepas ke Tanah Suci dalam pertemuan di Pusat Konvensyen Movenpick di sini. Kumpulan itu yang terdiri daripada 295 jemaah haji itu akan berlepas ke Tanah Suci menerusi penerbangan Saudia Airlines SV 5635 pada pukul […]

» Read more

Permukiman Penerangan UMNO Bantu Parti Jayakan Kesiapsiagaan Berdepan PRU – Shahril

BENTONG, 4 Jun – Permukiman Penerangan UMNO Malaysia selama tiga hari dua malam di Kampung Janda Baik adalah salah satu langkah untuk mempersiapkan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata secara tidak langsung ianya adalah bagi menjayakan soal kesiapsiagaan yang selalu dilontarkan terhadap parti berkenaan yang boleh dikatakan menjadi salah satu prasyarat untuk […]

» Read more

Kesetiaan Dan Kestabilan Falsafah Perjuangan Parti Eratkan Muafakat BN

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Suasana dan kerancakan konvensyen serta sambutan ulang tahun ke-48 Barisan Nasional (BN) Rabu lalu memberi seribu satu makna kepada perjuangan parti berkenaan dalam menyelusuri perjuangan sejak sekian lama. Pelbagai input serta lontaran pandangan sudah pasti perkara yang ditunggu-tunggu oleh pendukung serta penyokong parti apatah lagi dalam senario politik semasa negara yang kian mencabar. Bagi Ahli […]

» Read more

BN Punya Acuan Dan Formula Unik Tidak Dimiliki Parti Lain, Bina Negara Bangsa – Dr Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Barisan Nasional (BN) mempunyai acuan dan formula unik yang tidak dimiliki oleh parti-parti lain, kata Ketua Pemudanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Jelas beliau ianya juga meliputi ramuan perkongsian kuasa yang berasaskan kepada kesefahaman jitu, semangat kesederhanaan, kesetiaan dan saling hormat-menghormati yang seterusnya membawa kepada pembinaan sebuah negara bangsa. “Pasak-pasak yang telah  dibangunkan ketika pentadbiran […]

» Read more
1 … 1,402 1,403 1,404 1,405 1,406 … 2,363