Kesetiaan Dan Kestabilan Falsafah Perjuangan Parti Eratkan Muafakat BN

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Suasana dan kerancakan konvensyen serta sambutan ulang tahun ke-48 Barisan Nasional (BN) Rabu lalu memberi seribu satu makna kepada perjuangan parti berkenaan dalam menyelusuri perjuangan sejak sekian lama.

Pelbagai input serta lontaran pandangan sudah pasti perkara yang ditunggu-tunggu oleh pendukung serta penyokong parti apatah lagi dalam senario politik semasa negara yang kian mencabar.

Bagi Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang juga Penyelaras BN Parlimen Temerloh, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin itulah yang diharapkan dan semestinya bakal disahut di peringkat akar umbi.

Menurut beliau suasanadalam konvensyen lalu bukan sahaja penuh dengan ukhuwah malah masing-masing penuh bersemangat apatah lagi dengan pelbagai titipan ungkapan daripada pimpinan parti.

“Suasana penuh bersemangat dan ukhuwah di kalangan parti komponen. Kesetiaan dan kestabilan, membawa falsafah yang tinggi dalam perjuangan parti. Semoga BN akan kembali menerajui negara selepas PRU15,” katanya kepada UMNO-Online.

Dalam pada itu beliau turut mengharapkan apa yang dilontarkan dan apa yang disampaikan oleh pimpinan parti pada konvensyen dan sambutan ulang tahun itu dapat diterjemah di akar umbi.

“Sebagai jentera parti sudah pasti kita sedia menyahut pelbagai saranan dan apatah lagi ini adalah kali pertama konvensyen diadakan. Apa pun persediaan awal cukup penting dalam usaha membantu parti mencapai kemenangan, insya-Allah,” ujarnya.

Semalam BN mengadakan konvensyen dan sambutan ulang tahunnya ke-48 di World Trade Centre (WTC) dengan kehadiran pimpinan pelbagai peringkat serta pengisian pelbagai pembentangan serta ucapan pimpinan utama BN – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.