Nasihat MKN, KKM Dirujuk Dalam Penghantaran Jemaah Umrah

KUALA LUMPUR, 3 Nov – Khidmat nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) akan dirujuk dalam penghantaran jemaah umrah Malaysia ke Tanah Suci. Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu kenyataan bersama berkata bagi kerajaan, keselamatan serta kesihatan jemaah umrah Malaysia […]

» Read more

12 Ahli Parlimen Dilantik Jawatankuasa PAC

KUALA LUMPUR, 3 Nov – Seramai 12 Ahli Parlimen hari ini dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang baharu. Mereka ialah Ahli Parlimen daripada Bersatu iaitu Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam) dan Yamani Hafez Musa (Sipitang); Ahli Parlimen UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian); Tan Sri Noh Omar (Tanjung Karang) dan Datuk Jalaluddin Alias (Jelebu). Turut […]

» Read more

Persidangan Dewan Rakyat Berlangsung Separuh Hari Hingga Khamis

KUALA LUMPUR, 3 Nov – Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung separuh hari bermula hari ini hingga Khamis apabila ditangguh pada 1 tengah hari sebagai langkah berjaga-jaga berikutan penularan wabak COVID-19 di negara ini. Usul penangguhan itu dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan menurut Peraturan Mesyuarat 12(1) sebelum sesi soal jawab dan disokong oleh Menteri […]

» Read more

PKPD Di Institut Latihan KKM Johor Bahru Bermula 3 Hingga 16 Nov

KUALA LUMPUR, 2 Nov – Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM), Johor Bahru bermula esok hingga 16 Nov. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan PKPD di lokaliti itu bagi menyekat penularan COVID-19. Katanya sehingga kini, sebanyak 1,515 saringan COVID-19 telah dilaksanakan dan daripada […]

» Read more

Sultan Selangor Ingatkan PBT, Polis Lebih Tegas Pantau PKPB

SHAH ALAM, 2 Nov – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan pihak berkuasa tempatan serta polis di negeri itu supaya lebih tegas semasa menjalankan pemantauan sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika ini. Menurut kenyataan Istana Alam Shah hari ini, Sultan Sharafuddin kecewa kerana masih terdapat segelintir pihak, khususnya pengendali premis hiburan dan makanan, tidak mengambil serius, lalai […]

» Read more

Persidangan Dewan Rakyat Hari Ini Ditangguh 1 Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 2 Nov – Persidangan hari pertama Dewan Rakyat hari ini hanya berlangsung separuh hari apabila ditangguh pada 1 tengah hari sebagai langkah berjaga-jaga berikutan penularan gelombang ketiga COVID-19 di negara ini. Usul penangguhan itu dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan menurut Peraturan Mesyuarat 12(1) selepas sesi soal jawab dan disokong oleh Menteri […]

» Read more

Yang Dipertua Dewan Rakyat Nasihat Semua Ahli Parlimen Ketepi Fahaman Politik, Bersatu Kekang COVID-19

KUALA LUMPUR, 2 Nov – Persidangan hari pertama Dewan Rakyat bagi sesi Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 hari ini, dimulakan dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun menasihatkan semua Ahli Parlimen supaya mengetepikan perbezaan dan perbalahan politik, dalam memainkan peranan membendung pandemik COVID-19. Beliau turut mengingatkan semua Ahli Parlimen, sama ada dari blok kerajaan mahupun pembangkang, bersatu […]

» Read more

Isu COVID-19, Penangguhan Pilihan Raya Antara ‘Menu’ Hari Pertama Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 2 Nov – Persidangan hari pertama Dewan Rakyat bagi sesi Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 hari ini akan menjawab banyak persoalan mengenai COVID-19 dan usaha kerajaan dalam menanganinya, termasuk dalam hal berkenaan pilihan raya. Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, hampir majoriti soalan dalam turutan awal pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan adalah berkenaan COVID-19. Dalam isu […]

» Read more

Rekonsiliasi Nasional: UMNO Fokus Kepada Rakyat, Belanjawan 2021 Jadi Harapan

KUALA LUMPUR, 2 Nov – Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohamed Nizham Abdullah Hamidi berkata, UMNO perlu terus fokus kepada rakyat dalam memastikan parti keramat ini terus utuh dan mendapat kepercayaan bukan hanya bangsa Melayu tetapi rakyat berbilang kaum di negara ini. Ujar beliau, kerana itulah keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO adalah untuk terus kekal konsisten berpegang teguh kepada pentingnya […]

» Read more

PKPD Di Pusat Tahanan Sementara Kota Kinabalu Bermula 3 Hingga 16 Nov

KUALA LUMPUR, 1 Nov – Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Tahanan Sementara Kota Kinabalu, Sabah bermula 3 hingga 16 Nov. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan PKPD itu bagi menyekat penularan COVID-19 dalam kalangan tahanan dan kakitangan pusat tahanan tersebut. Katanya setakat 30 Okt, seramai 261 tahanan […]

» Read more
1 1,398 1,399 1,400 1,401 1,402 1,949