Kerajaan Setuju Laksana Pelarasan Gaji Pegawai Perubatan Kontrak UD41 Ke UD43 – Adham Baba

KUALA LUMPUR, 7 Nov – Kerajaan bersetuju melaksanakan pelarasan gaji Pegawai Perubatan Kontrak Gred UD41 kepada aras gaji Gred UD43, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Bercakap pada sidang media selepas pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat semalam, beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) juga merancang agar petugas kontrak boleh diserap masuk ke kementerian itu selepas pelarasan gaji dilaksanakan. […]

» Read more

KeTSA Akan Optimumkan Peruntukan Belanjawan 2021 – Dr Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 6 Nov – Peruntukkan sejumlah RM2.10 bilion dengan RM1.06 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM1.04 bilion bagi perbelanjaan pembangunan yang diberikan kepada Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) akan dioptimumkan perbelajaannya, demikian menurut Menterinya, Dato Dr Shamsul Anuar Nasarah. Katanya Jika dibandingkan dengan Belanjawan 2020, perbelanjaan mengurus 2021 didapati berkurangan sebanyak RM7.7 juta (0.72%), manakala perbelanjaan pembangunan 2021 […]

» Read more

456 Individu Ingkar SOP Semalam – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 6 Nov – Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam mengeluarkan 456 kompaun atas pelbagai kesalahan ke atas individu yang ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi membendung penularan wabak COVID-19. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kesalahan tidak memakai pelitup muka masih mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu 143 individu. “Kesalahan lain adalah […]

» Read more

Intipati Belanjawan 2021

KUALA LUMPUR, 6 Nov – Berikut ialah intipati ekonomi Belanjawan 2021 bertemakan “Teguh Kita, Menang Bersama” yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Parlimen hari ini. • Belanjawan 2021 dirangka berdasarkan Tiga Matlamat Induk iaitu Kesejahteraan Rakyat, Kelangsungan Ekonomi dan Ketahanan Ekonomi • Kerajaan bercadang menaikkan siling Kumpulan Wang COVID-19 sebanyak RM20 bilion kepada RM65 […]

» Read more

Tengku Zafrul Bawa Teks Belanjawan 2021 Untuk Pembentangan

PUTRAJAYA, 6 Nov – Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini membawa beg yang berisi teks ucapan pembentangan Belanjawan 2021 dari bangunan kementerian ke Parlimen pada 2.35 petang. Sebelum memulakan perjalanan, bacaan doa diketuai Pegawai Hal Ehwal Islam Kementerian Kewangan, Ustaz Mohamad Zukrillah, bagi mendapatkan keberkatan. Tengku Zafrul dilihat berpakaian baju Melayu lengkap bersamping diiringi Timbalan […]

» Read more

Jalan Kampung RM11.67 Juta Ganti Jalan Balak Buat Masyarakat Orang Asli

LIPIS, 6 Nov – Pembinaan jalan kampung bernilai RM11.67 juta bagi menggantikan jalan balak yang menjadi medium utama perhubungan masyarakat Orang Asli dari 14 perkampungan di Pos Betau dan Pos Lenjang di sini dijangka siap pada April 2022. Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pembinaan jalan sepanjang 15.4 kilometer itu telah bermula dengan pemilikan tapak pada […]

» Read more

Sulaiman Beri Bayangan Belanjawan Melaka 2021 Bersifat Inklusif

MELAKA, 5 Nov – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali memberi bayangan Belanjawan Melaka 2021 yang akan dibentangkan sempena Persidangan Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-14 Isnin ini, akan bersifat inklusif tanpa meminggirkan mana-mana golongan. Beliau berkata belanjawan tersebut akan berpaksi dan fokus kepada rakyat dengan strategi dan teras tertentu berikutan penularan pandemik COVID-19 yang […]

» Read more

Dewan Rakyat Bersidang 10 Pagi Hingga 2 Petang Bermula Isnin – Speaker

KUALA LUMPUR, 5 Nov – Dewan Rakyat mengambil ketetapan untuk melakukan beberapa penyelarasan bagi urusan persidangan Dewan Rakyat sepanjang Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 bagi memastikan kelancaran persidangan susulan penularan wabak COVID-19 ketika ini. Antara perubahan yang diputuskan ialah tempoh harian persidangan adalah dari 10 pagi hingga 2 petang dan bilangan Ahli Parlimen yang boleh berada di dalam dewan […]

» Read more

Isu Pelaksanaan Semula PKP Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 5 Nov – Isu pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerosakan jalan raya dan kesan PKP terhadap harga runcit barangan di pasaran antara perkara bakal dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman rasmi Parlimen, perkara berkenaan menjadi tumpuan Ahli Parlimen menerusi tiga soalan pada Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri dalam sidang Dewan yang […]

» Read more

PKPB Di Mukim 12 Daerah Barat Daya P.Pinang Mulai Jumaat Hingga 18 Nov – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 4 Nov – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di Mukim 12 Barat Daya, Pulau Pinang berkuat kuasa Jumaat ini hingga 18 Nov. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan PKPB ini bagi membolehkan Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan saringan secara bersasar di kawasan itu. “Sehingga 3 Nov, terdapat 35 kes yang positif COVID-19 […]

» Read more
1 1,387 1,388 1,389 1,390 1,391 1,940