KeTSA Akan Optimumkan Peruntukan Belanjawan 2021 – Dr Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 6 Nov – Peruntukkan sejumlah RM2.10 bilion dengan RM1.06 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM1.04 bilion bagi perbelanjaan pembangunan yang diberikan kepada Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) akan dioptimumkan perbelajaannya, demikian menurut Menterinya, Dato Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Katanya Jika dibandingkan dengan Belanjawan 2020, perbelanjaan mengurus 2021 didapati berkurangan sebanyak RM7.7 juta (0.72%), manakala perbelanjaan pembangunan 2021 bertambah sebanyak RM114.8 juta (12.4%).

Sehubungan itu, kata Shamsul  KeTSA akan mengoptimumkan perbelanjaan di bawah peruntukan mengurus dan pembangunan bagi melaksanakan program/inisiatif pada tahun hadapan dalam usaha memastikan kemampanan industri bekalan elektrik dan tadbir urus sumber asli untuk kesejahteraan negara.

Menurutnya di antara program/inisiatif KeTSA yang akan dilaksanakan di bawah Belanjawan 2021 itu adalah Program Sustainability Achieved Via Energy Efficiency atau SAVE 2.0 serta menyediakan perkhidmatan bekalan elektrik yang berdaya harap bagi negeri Sabah.

” Kementerian juga akan terus komited dalam mengurus bekalan elektrik secara strategik dengan mengoptimumkan tenaga boleh baharu dan kecekapan tenaga bagi menjamin perkhidmatan bekalan elektrik yang berdaya harap, mampu bayar dan lestari”.

” Melalui SAVE 2.0, sebanyak RM200 e-Rebat akan diberikan kepada pengguna bagi setiap pembelian peti sejuk dan penghawa dingin bertaraf 4 atau 5 bintang buatan tempatan. Program SAVE 2.0 dijangka memberi manfaat kepada 140,000 isi rumah dan melibatkan peruntukan Kerajaan berjumlah RM30 juta.

Bagi Perhidmatan bekalan elektrik yang berdaya harap bagi negeri Sabah pula, Kementerian akan  meneruskan pelaksanaan projek-projek menaiktaraf infrastruktur bekalan elektrik melalui peruntukan geran langsung berjumlah RM458,870,000 katanya lagi.

Mengulas mengenai Penguatkuasaan pula, Kementeriannya akan terus meningkatkan aktiviti membanteras pencerobohan dan pemburuan haram. Justeru, Program Rondaan dan Perlindungan Biodiversiti (Biodiversity Protection and Patrolling Program – BP3) yang melibatkan kolaborasi strategik dengan agensi-agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan perlantikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (VAT) dan Orang Asli (OA) sebagai renjer hidupan liar akan terus diperkukuhkan.

” untuk itu sejumlah RM20 juta telah diluluskan bagi meningkatkan penyertaan renjer veteran VAT, polis dan OA kepada 500 orang dan kawasan operasi akan diperluas meliputi kawasan hotspots lain termasuk Hutan Simpanan Kekal (HSK)” katanya lagi.

Kerajaan juga menyedari beban yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri dalam memulihara kawasan perlindungan dan perlindungan habitat hidupan liar.

” Sehubungan itu, sebanyak RM70 juta telah diperuntukan melalui insentif instrumen Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT) sebagai insentif kepada Kerajaan Negeri bagi melaksanakan program/projek berkaitan kelestarian biodiversiti”

Dalam pada itu Tambah Shamsul,  Kementeriannya  turut menyambut baik peruntukan sebanyak RM50 juta yang telah diluluskan bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih kemudahan pelancongan di seluruh negara termasuk lokasi – lokasi eko pelancongan di bawah selian KeTSA seperti Taman Negara, Taman Ekorimba, Hutan Taman Negeri dan Taman Geopark.

” KeTSA turut menyokong usaha Kerajaan bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada 500 orang daripada komuniti setempat dan Orang Asli sebagai juru pandu pelancongan di semua Taman Negara bagi merancakkan segmen ekopelancongan”

KeTSA juga akan menerajui tadbir urus sumber asli secara bersepadu berteraskan penggunaan sumber yang cekap dan optimum  kata Shamsul lagi.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.