Kerajaan Pastikan Harga Barangan Keperluan Tidak Bebankan Rakyat – PM

ISTANBUL, 6 Julai – Kerajaan akan memastikan kenaikan harga barangan keperluan asas di pasaran dunia akibat gangguan rantaian bekalan yang disebabkan konflik geopolitik dan perubahan iklim tidak membebankan rakyat Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. “Saya tidak nafikan berlaku kenaikan harga barangan, ini fenomena global. Bukan hanya di Malaysia, bukan hanya di Turkiye tetapi di seluruh dunia… […]

» Read more

Perbandingan RoS Masa PH Berkuasa Dan Menterinya Dari PPBM – Puad

KUALA LUMPUR, 5 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi meluahkan kekeliruan beliau ekoran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang masih belum memberikan keputusan mengenai pindaan Perlembagaan UMNO. Beliau malah membandingkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang menyaksikan parti itu diluluskan pendaftarannya dalam masa seminggu semasa Pakatan Harapan (PH) berkuasa. “RoS lulus pendaftaran PPBM dalam […]

» Read more

Food@Campus Keluarga Malaysia Diteruskan

PUTRAJAYA, 5 Julai – Cakna isu kenaikan harga barang yang turut memberi impak terhadap kuasa beli pelajar terutamanya bagi keperluan makanan harian, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memutuskan untuk meneruskan kesinambungan inisiatif pemberian baucar makanan percuma kepada pelajar B40 di institut pengajian tinggi (IPT), FOOD@CAMPUS Keluarga Malaysia. Bagi tujuan itu Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata Yayasan Kebajikan […]

» Read more

Koperasi Agromakanan Boleh Mohon Pinjaman Skm Untuk Kembangkan Aktiviti

PUTRAJAYA, 5 Julai – Koperasi yang terbabit dalam sektor agromakanan boleh memohon pinjaman mudah melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi mengembangkan aktiviti tersebut, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar. Beliau berkata keutamaan diberikan kepada koperasi sektor agromakanan yang aktif menjalankan aktiviti pengeluaran makanan seperti penternakan ayam dan pertanian. “Kita akan beri keutamaan kepada koperasi yang aktif, […]

» Read more

Melaka Diiktiraf Antara Lima Negeri Peroleh Pelaburan Tertinggi – Ab Rauf

MELAKA, 5 Julai – Melaka diiktiraf antara lima negeri memperoleh nilai pelaburan tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak RM3 bilion dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, oleh Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA). Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Usahawan negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata daripada keseluruhan nilai pelaburan yang diterima itu sebanyak RM2.6 bilion disumbangkan menerusi sektor pembuatan. […]

» Read more

PM Saran Komuniti Antarabangsa Amalkan Semangat ‘Keluarga Dunia’ Dalam Hadapi Cabaran Global

KUALA LUMPUR, 5 Julai – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyarankan komuniti antarabangsa supaya bekerjasama dengan mengamalkan semangat ‘keluarga dunia’ dalam menghadapi cabaran global terutamanya ketika pascapandemik. Ismail Sabri berkata pandemik COVID-19 telah mengajar bahawa cabaran global yang berlaku ketika ini tidak boleh diatasi secara bersendirian atau secara ‘silo’. Beliau berkata ekonomi dan politik dunia kini berdepan dengan […]

» Read more

Moratorium Sewa Enam Bulan Bagi Pengusaha Makanan Di Kampus

PUTRAJAYA, 5 Julai – Moratorium bayaran sewa selama enam bulan akan diberikan kepada pengusaha dan penyedia perkhidmatan makanan di dalam kampus institusi pengajian tinggi (IPT) awam mulai bulan ini, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. Beliau dalam satu kenyataan semalam berkata langkah itu akan membolehkan tanggungan kos sewa itu diserap bagi menurunkan harga makanan yang dijual kepada […]

» Read more

Sultan Selangor Titah Segera Hentikan Perbalahan Dalam Kalangan Pemimpin Politik Melayu

SHAH ALAM, 4 Julai – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memandang serius gejala perpecahan dalam kalangan orang Melayu terutama pemimpin politik yang dilihat boleh mengancam perpaduan, keharmonian hidup rakyat pelbagai kaum serta kestabilan politik di Malaysia. Sehubungan itu, baginda menggesa agar perpecahan orang Melayu dan pemimpin politik Melayu yang dilihat begitu ketara sekarang, dapat segera dihentikan bagi menjamin kepentingan […]

» Read more

Agong Berkenan Berangkat Melawat MINDEF

KUALA LUMPUR, 4 Julai – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan untuk berangkat ke Kementerian Pertahanan (MINDEF) di sini bagi lawatan rasmi. Keberangkatan tiba Seri Paduka pada pukul 11 pagi disambut oleh Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk […]

» Read more

Peranan Guru Perlu Selari Dengan Kerajaan, Sejahterakan Rakyat – Bung Moktar

SANDAKAN, 4 Julai – Peranan guru perlu selari dengan usaha yang dilakukan kerajaan dalam mensejahterakan rakyat khususnya bagi mempersiapkan generasi muda menghadapi perubahan di masa hadapan, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin. Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata seperti kerajaan, guru juga memainkan peranan penting dalam menyediakan platform terbaik untuk anak muda sekarang ke arah menghadapi perubahan […]

» Read more
1 … 1,379 1,380 1,381 1,382 1,383 … 2,361