LIMA’21 Tetap Tidak Diadakan Walaupun Secara Maya – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 5 Mac – Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2021 (LIMA’21) tetap tidak akan diadakan pada tahun ini walaupun ada permintaan untuk ia dilaksanakan secara maya, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata pihaknya banyak menerima cadangan untuk melaksanakan penganjuran LIMA’21 yang sebelum ini telah dibatalkan berikutan penularan wabak COVID-19 termasuklah untuk diadakan secara […]

» Read more

Layanan ‘Double Standard’: Kerajaan Perlu Elak Dari Terus Mengundang Kemarahan Rakyat – Mustafa Shah

KUALA LUMPUR, 5 Mac – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Mustafa Shah Abdul Hamid berkata kerajaan hari ini sewajarnya belajar daripada apa yang berlaku sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang hanya dalam tempoh 22 bulan sahaja mentadbir tetapi telah mengundang kemarahan dan kebencian menebal di kalangan rakyat. Ulasnya, ini adalah kerana kegagalan kerajaan PH sendiri yang tidak memenuhi aspirasi rakyat terutamanya […]

» Read more

UMNO-PPBM: Gabungan Rakyat Sabah, Ahli-ahli Berautonomi Perlu Hormati Mandat Rakyat

KUALA LUMPUR, 5 Mac – Ketua Pemuda UMNO Sabah, Ir. Abdul Aziz Julkarnain menyeru kepada ahli-ahli UMNO Sabah yang berautonomi agar menghormati mandat rakyat dengan menjaga kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) walau apapun yang berlaku di peringkat Nasional selagi PPBM tidak mengkhianati. Katanya, sebagai permulaan, kerajaan GRS perlu fokus untuk tunaikan satu persatu AkuJanji yang telah dibuat semasa pilihan raya […]

» Read more

Arahan Bekerja Dari Rumah Masih Kekal – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Arahan bekerja dari rumah masih berkuat kuasa walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri kini dilonggarkan kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata ini kerana hingga kini belum ada kenyataan yang menyatakan sebaliknya daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) atau Ketua Pengarah […]

» Read more

Iklan Jualan Vaksin COVID-19 Dalam Talian Palsu – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA, 4 Mac – Iklan penjualan vaksin COVID-19 secara dalam talian adalah palsu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Katanya, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM melalui unit forensik siber sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan INTERPOL, untuk memantau keadaan semasa dan juga penjualan vaksin dalam talian. Bercakap pada sidang media mengenai perkembangan COVID-19 hari ini, Dr […]

» Read more

Pembinaan Pan Borneo Sarawak Siap 60 Peratus, Sabah 45 Peratus

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Projek Lebuh Raya Pan Borneo, satu daripada projek utama di bawah Kementerian Kerja Raya, menunjukkan kemajuan positif apabila masing-masing mencapai kemajuan 60 peratus di Sarawak dan 45 peratus di Sabah. Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata bagi projek Pan Borneo Sarawak, keseluruhan 11 pakej kerja dari Telok Melano ke Miri masih giat […]

» Read more

Individu Masuki Sabah, Sarawak, Labuan Perlu Jalani Ujian Calitan COVID

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Semua individu yang akan memasuki Sabah, Sarawak dan Labuan perlu menjalani ujian calitan COVID-19 tiga hari sebelum perjalanan setelah mendapat kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bagaimanapun ujian calitan tidak perlu dilakukan bagi pergerakan keluar dari dua negeri dan wilayah tersebut ke Semenanjung Malaysia. Beliau berkata […]

» Read more

COVID-19: Pelajar IPT Dikecualikan Bayaran Ujian Pengesanan – Dr Adham

PUTRAJAYA, 4 Mac – Kerajaan bersetuju mengecualikan fi atau bayaran ujian pengesanan COVID-19 bagi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Beliau berkata pengecualian itu akan diberikan kepada pelajar warga Malaysia yang melakukan ujian COVID-19, di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM). “Selaras dengan usaha kerajaan mengekang penularan COVID-19, semua pelajar perlu menjalani ujian pengesanan […]

» Read more

Ketetapan UMNO, Sewajarnya Tiada Lagi Pertikaian Berkenaan Hala Tuju Politik Parti – Shahril

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan menekankan sewajarnya tiada lagi pertikaian berkenaan hala tuju politik UMNO. Katanya, UMNO ditanya, UMNO berbincang dan akhirnya membuat ketetapan dua perkara. Shahril berkata demikian merujuk kepada keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO iaitu tiada kerjasama dengan PPBM dalam PRU-15 dan UMNO berpendapat, kebersamaan dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN) boleh diteruskan […]

» Read more

Enam Hospital Pengajar Universiti Jadi Pusat Pemberian Vaksin – Noraini

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Enam hospital pengajar universiti (HPU) diberi tanggungjawab sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi membantu kerajaan melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. Beliau berkata HPU berkenaan melibatkan Pusat Pakar Perubatan Universiti Teknologi Mara (PPUiTM), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM […]

» Read more
1 1,307 1,308 1,309 1,310 1,311 1,932