COVID-19: KKM Jangka 500 Kes Harian Menjelang Mei

PUTRAJAYA, 15 Mac – Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan 500 kes harian positif COVID-19 menjelang Mei ini, bergantung kepada tahap kepatuhan rakyat terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan, kata Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba. Beliau berkata jangkaan itu dibuat berdasarkan trend penurunan nilai kebolehjangkitan (RT) atau R-naught (R0) iaitu 0.87 semalam berbanding 0.9 pada 28 Feb lepas. “Namun […]

» Read more

Perak Sedia Pertimbang Adakan Pertemuan Dengan 59 ADUN

IPOH, 15 Mac – Kerajaan negeri Perak sedia mempertimbangkan cadangan pihak pembangkang supaya pertemuan antara 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diadakan, bagi menggantikan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak boleh dilaksanakan semasa tempoh darurat. Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad berkata, barisan pentadbiran kerajaan negeri boleh memberikan taklimat kepada kesemua ADUN mengenai perancangan yang telah dan sedang kerajaan negeri […]

» Read more

Rakyat Malaysia Di Yangon Nafi Dakwaan Kedutaan Gagal Jamin Keselamatan

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menegaskan Kedutaan Malaysia di Yangon menjalankan tugasnya dengan baik dalam menjaga kebajikan lebih 600 rakyat Malaysia di sana. Dalam hantaran Twitter beliau, Hishammuddin turut berkongsikan respons positif kebanyakan rakyat Malaysia di Yangon yang rata-rata membidas dakwaan segelintir rakan senegara bahawa Kedutaan Malaysia gagal menjamin keselamatan rakyat […]

» Read more

Mungkin Prestasi YB Kuala Langat Bakal Bertambah Cemerlang… Dah Lompat, Adakah Siasatan Dihentikan?

KUALA LUMPUR, 14 Mac – “Membaca kenyataan Ahli Parlimen Kuala Langat, sukar menerima alasan yang dikemukakan mengapa beliau, seorang Naib Presiden, sanggup melompat meninggalkan parti semata-mata mahu fokus kepada urusan COVID-19 dan ekonomi negara.” Demikian maklumbalas dari Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkaitan tindakan Dr Xavier Jayakumar mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Naib Presiden PKR dan keluar parti itu berkuatkuasa serta-merta, […]

» Read more

Kestabilan Politik, Hala Tuju Antara Agenda Penting PAU 2020

SEREMBAN, 14 Mac – Ketetapan dan kesiapsiagaan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), merupakan antara agenda penting semua ahli UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020, yang diadakan penghujung bulan ini. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata ahli parti dan rakyat juga mahu mengetahui tentang hala tuju parti bagi menghadapi PRU15 itu nanti. […]

» Read more

292,104 Sudah Terima Vaksin COVID-19, Selangor Tertinggi – Adham

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Memasuki hari ke-19 pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bermula sejak 23 Feb lepas, seramai 292,104 individu telah menerima suntikan dos pertama vaksin di seluruh negara setakat semalam. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan tiga negeri mencatatkan jumlah tertinggi individu yang menerima dos pertama vaksin tersebut iaitu Selangor (35,620), Perak (31,675) dan Sarawak […]

» Read more

Tiada Permohonan Kerja-Kerja Pemanjangan Jeti Pelabuhan Di Tanjung Bruas – Sulaiman

MELAKA, 14 Mac – Kerajaan negeri Melaka tidak menerima permohonan bagi pelaksanaan kerja-kerja pembinaan atau pemanjangan jeti pelabuhan di Tanjung Bruas, di Tanjung Kling berhampiran Jeti Nelayan Kampung Hailam di sini, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali. Justeru beliau berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci berkaitan dakwaan pelaksanaan projek berkenaan oleh kumpulan nelayan di kawasan tersebut, melibatkan […]

» Read more

SPR Diminta Perjelas Perkembangan Undi 18 – Reezal

SHAH ALAM, 14 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta untuk memperjelaskan perkembangan terkini berhubung pelaksanaan undi 18 tahun agar rakyat mendapat maklumat yang betul dan jelas berhubung isu tersebut. Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata SPR selaku badan bebas, harus tampil membuat penjelasan kerana perjalanan dasar undi 18 kini memasuki fasa pelaksanaan. “Peringkat penggubalan […]

» Read more

Lebih 275,000 Individu Terima Dos Pertama Vaksin COVID-19 Setakat 12 Mac

KUALA LUMPUR, 13 Mac – Seramai 275,851 individu menerima dos pertama vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata Selangor merekodkan pemberian vaksin paling tinggi dengan 33,163 individu diikuti Sarawak (29,052); Perak (28,463); dan Kuala Lumpur (28,244). “Sementara itu di Pahang, seramai 21,841 individu; Sabah (21,708); Johor (20,276); Kedah (16,546); Pulau Pinang […]

» Read more

Mindef Sasar Bina 25,000 Unit Rumah Warga, Veteran ATM – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Pertahanan (Mindef) menyasarkan pembinaan sebanyak 25,000 unit rumah untuk warga dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah program ‘Satu Anggota Satu Rumah’ (SAsaR) yang dijangka siap pada 2030. Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kesemua unit rumah berkenaan akan dibina di tiga lokasi iaitu di kem Transmitter di Sungai Besi, […]

» Read more
1 1,299 1,300 1,301 1,302 1,303 1,931