PKP… Kerajaan Negeri Selangor Bantulah Rakyat – UMNO Shah Alam

SHAH ALAM, 18 Mei – Rakyat pernah menang pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama dan apa salahnya PKP yang ketat diadakan untuk mengekang pandemik yang semakin meningkat di Selangor, tegas Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari.

Jelas beliau, kerajaan Negeri Selangor boleh memperuntukkan dana untuk membantu rakyat yang terpaksa berkurung.

“Hulurkan bantuan makanan seperti beras, gula, susu, sardin, telur dan lain-lain. Kerajaan Negeri Selangor melalui Fama boleh menggerakkan pasar basah bergerak di setiap enam daerah dikuatkuasakan PKP.

“Pada saat ini rakyat semakin letih dengan musuh halimunan ini, bilakah akan berakhir? Pihak Kerajaan Negeri Selangor bantulah rakyat dengan komprehensif.

“Jangan pula menghalimunankan diri… kita mesti menang PKP yang ketat wajar dilaksanakan masa semakin suntuk,” katanya kepada UMNO Online, hari ini.

Tambah beliau, hampir setahun setengah berperang dengan musuh halimunan menyebabkan rakyat semakin letih.

Katanya lagi, lebih meletihkan musuh halimunan tersebut mempunyai varian pula seperti perisa ais krim.

“COVID-19 bukan sahaja meragut hampir dua ribu nyawa malah menjangkiti ratusan ribu rakyat Malaysia.

“Walaupun ada mangsa yang mengatakan mereka patuh prosedur operasi standard (SOP) namun jika sudah nasib dijangkiti juga,” ujarnya.

Sehubungan dengan itu tambah beliau lagi, langkah terbaik adalah mencari ‘bunker’ perlindungan daripada musuh tidak nampak ini. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.