Pergerakan Puteri UMNO Seru Rakyat Salur Sumbangan Kepada Adik Naail

KUALA LUMPUR, 7 Mei – Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Shamellya Norazizi menyeru semua rakyat Malaysia terutamanya rakan seperjuangan parti untuk menyalurkan sumbangan bagi membantu kos perubatan adik Wan Muhammad Naail yang menghidap penyakit Spinal Muscular Altrophy (SMA) Type 1. Menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, beliau memaklumkan bahawa sebanyak RM2 juta lagi […]

» Read more

Elak Politiking Berlebihan Dan Jangan Jadikan Asas Kehidupan – Ahmad Zahid

BAGAN DATUK, 7 Mei – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu rakyat terus bersatu padu dengan mengelakkan politiking yang berlebihan dalam usaha memastikan kesatuan yang ada terus dikekalkan. Berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri UMNO Bagan Datuk di sini malam tadi beliau berkata perbedaan warna-warna politik tidak seharusnya menjadi halangan kepada kesatuan masyarakat secara menyeluruh. “Terima kasih kepada pengunjung […]

» Read more

Wan Rakemi Menang Jawatan Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah

TANAH MERAH, 6 Mei – Datuk Wan Rakemi Wan Zahari menang jawatan Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah dalam pemilihan parti bahagian itu hari ini. Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Akbar Salim berkata Wan Rakemi mendapat 196 undi untuk mengalahkan dua pencabarnya iaitu Datuk Ir Shaari Hassan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Gual Ipoh Mohd Bakri Mustapha yang masing-masing memperoleh […]

» Read more

‘Kempen UMNO Sayangi DAP’ Fitnah – Ahmad Zahid

LENGGONG, 6 Mei – Dakwaan mengatakan bahawa UMNO akan melancarkan ‘Kempen Sayangi DAP’ seperti tular di media sosial adalah satu fitnah, tegas Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau menyifatkan dakwaan yang ditularkan melalui aplikasi WhatsApp sejak beberapa hari lepas itu sebagai taktik kotor pembangkang. “Siapa yang buat fitnah, yang buat kerja tak tentu hala tu hentikanlah, zaman sekarang […]

» Read more

Saarani Tepis Khabar Angin ADUN Lompat Parti

IPOH, 6 Mei – Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad menafikan khabar angin bahawa terdapat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu yang akan melompat parti, sekali gus menyebabkan berlakunya peralihan tampuk pentadbiran Julai ini. Beliau berkata hal itu tidak berasas kerana Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak telah meluluskan Enakmen Anti Lompat Parti pada 29 Disember tahun lepas. “Di […]

» Read more

PN Terdesak Mahu Tukar Kerajaan, Demi Selamatkan Kes Mahkamah – Isham

KUALA LUMPUR, 6 Mei – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil membidas Perikatan Nasional (PN) dengan menyifatkan gabungan itu sebagai terdesak untuk menjatuhkan kerajaan. Katanya, tindakan dilakukan pembangkang itu semata-mata mahu menyelamatkan pemimpin mereka daripada pendakwaan di mahkamah. “Saya tahu kamu terdesak mahu tukar kerajaan sebab kamu mahu lari dari pendakwaan mahkamah dan kamu ingin menyelamatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin […]

» Read more

MB Perak Kesal Video Kenyataan Isu Tanah Rizab Melayu Dimanipulasi, Disebar

IPOH, 6 Mei – Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad kesal dengan beberapa video kenyataan beliau mengenai isu tanah rizab Melayu di negeri ini yang dimanipulasi dan disebarkan di platform media sosial sejak kebelakangan ini. Beliau berkata video yang disunting sekerat-sekerat menyebabkan petikan video berkenaan tidak mencerminkan maksud asal kenyataannya berhubung isu berkenaan, sebaliknya ia dimanipulasi sehingga menimbulkan kekeliruan […]

» Read more

Isu Air Kedah: Sanusi Patut Tunding Jari Kepada PPBM – Nuraini

ALOR SETAR, 6 Mei – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Kedah, Nuraini Yusoff beranggapan bahawa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor patut menunding jari kepada rakan sekutu Perikatan Nasional (PN) iaitu PPBM kerana menyebabkan projek rakyat tergendala selama dua tahun dalam isu air di Kedah. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Nuraini ternyata kesal dengan sikap Muhammad Sanusi yang […]

» Read more

PRN: Pembahagian Kerusi Di Peringkat Negeri Hampir Selesai – Ahmad Zahid

ALOR GAJAH, 5 Mei – Pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di peringkat negeri telah hampir selesai, kata Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid, yang juga Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri berkata keputusan itu kemudiannya akan dibawa ke peringkat pusat untuk diperhalusi […]

» Read more

Johor, Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Kelancaran Operasi Keluar Masuk Sempadan Negara

JOHOR BAHRU, 5 Mei – Struktur pentadbiran di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan CIQ Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri menjadi antara perkara yang dibincangkan dalam usaha memperbaiki tahap perkhidmatan di kedua-dua pintu keluar masuk laluan darat di negeri ini. Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata perbincangan bersama pihak Jabatan […]

» Read more
1 … 1,225 1,226 1,227 1,228 1,229 … 2,372