Pergerakan Puteri UMNO Seru Rakyat Salur Sumbangan Kepada Adik Naail

KUALA LUMPUR, 7 Mei – Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Shamellya Norazizi menyeru semua rakyat Malaysia terutamanya rakan seperjuangan parti untuk menyalurkan sumbangan bagi membantu kos perubatan adik Wan Muhammad Naail yang menghidap penyakit Spinal Muscular Altrophy (SMA) Type 1.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, beliau memaklumkan bahawa sebanyak RM2 juta lagi diperlukan bagi membantu kanak-kanak yang tidak bernasib baik itu.

This is a very urgent message to all of you termasuk Puteri, Pemuda dan ahli UMNO di Malaysia. Saya Shamellya Norazizi ingin menyeru kepada rakan-rakan semua untuk sama-sama membantu keluarga adik Naail yang menghidap penyakit Spinal Muscular Altrophy (SMA) Type 1. Mereka sebelum ini sangat terdesak untuk mendapatkan dana kos perubatan adik Naail sebanyak RM9 juta.

“Sekarang, kita masih lagi kekurangan sebanyak RM2 juta. Untuk itu, Puteri UMNO Malaysia menyeru kepada semua ahli UMNO di Malaysia agar menjalankan kempen RM1 seorang ataupun kalau lebih berkemampuan, boleh derma dengan lebih lagi,” katanya.

Shamellya turut meminta agar semua rakyat Malaysia untuk terus menyebarkan mesej ini kepada rakan dan taulan bagi membantu adik Naail menjalani hidup seperti kanak-kanak yang lain.

“Untuk itu, saya mohon kepada sesiapa yang mahu menderma agar memuat turun aplikasi Misi dan teruskan kempen ini agar dapat membantu kos perubatan lagi RM2 juta untuk adik Naail.

“Sebarkan, agar semua rakyat Malaysia dapat membantu adik Naail untuk terus hidup dan menjalani kehidupan seperti kanak-kanak biasa,” katanya lagi.

Sebelum ini media melaporkan bahawa Wan Muhammad Naail Wan Aslam atau mesra dipanggil Naail mengalami mengalami masalah Spinal muscular altrophy (SMA) Type 1.

SMA merupakan penyakit genetik yang berlaku mutasi pada gen neuron motor survival 1 (SMN1) iaitu protein penting pada saraf tunjang yang berfungsi mengawal otot badan.

Dengan penyakit itu, Naail sukar untuk bernafas atau menelan air liur dengan kudrat sendiri dan mudah terdedah dengan risiko jangkitan pada paru-paru. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.