Perak Sasar Beralih Ke Fasa Tiga PICK Minggu Depan – MB

IPOH, 7 Julai – Perak mensasarkan untuk beralih ke fasa ketiga Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) menjelang awal minggu depan dengan memanfaatkan sepenuhnya 688,000 bekalan baharu vaksin yang dijangka diterima bulan ini. Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad berkata sasaran itu antara lain menetapkan supaya lebih ramai rakyat berusia 18 tahun ke atas di negeri itu menerima suntikan vaksin dos […]

» Read more

340,043 Dos Suntikan Vaksin Semalam – Adham Baba

KUALA LUMPUR, 7 Julai – Jumlah pemberian dos suntikan vaksin di negara ini terus meningkat dengan sejumlah 340,043 dos diberikan semalam, iaitu angka tertinggi dalam sehari setakat ini. Menerusi hantaran di Twitter, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan daripada jumlah itu, 133,286 merupakan pemberian dos kedua. “Sebanyak 206,757 dos pula adalah pemberian dos pertama bagi tempoh sama,” katanya. […]

» Read more

Malaysia Lepasi Sasaran 300,000 Dos Suntikan Vaksin Sehari

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Sebanyak 313,761 dos suntikan vaksin diberikan semalam, menjadikannya sebagai jumlah tertinggi dalam sehari, sekali gus melepasi sasaran 300,000 dos suntikan sehari. Menerusi hantaran di Twitter, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan, daripada jumlah tersebut, 117,158 merupakan pemberian dos kedua. “Sebanyak 313,761 dos pada 5 Julai, yang tertinggi setakat ini. Daripada jumlah itu, 196,603 […]

» Read more

Pemberian Vaksin Di Perlis Wajar Dipertingkat Untuk Beralih Ke Fasa Tiga PPN

BERA,6 Julai – Proses pemberian vaksin COVID-19 di Perlis wajar dipertingkat bagi membolehkan negeri itu beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan lebih cepat, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata Perlis, yang kini dalam Fasa Dua PPN, mampu mencapai kadar vaksinasi yang ditetapkan untuk beralih ke fasa seterusnya berdasarkan keluasan dan bilangan […]

» Read more

Sebanyak 112 Hospital Swasta Rawat Kes COVID-19

PUTRAJAYA, 6 Julai – Sebanyak 112 hospital swasta di seluruh negara memberikan kerjasama dalam pengurusan rawatan kes-kes COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Dalam sidang media selepas melancarkan Laporan Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) bagi 2019-2020 secara maya hari ini, Dr Adham berkata hospital terlibat menyediakan 1,277 katil wad dan 129 katil Unit Rawatan […]

» Read more

Operasi Penguatkuasaan Kebun Durian Di Hutan Simpan Ikut Undang-Undang – MB

KUANTAN, 6 Julai – Operasi penguatkuasaan di kebun durian Musang King yang didakwa berlaku dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub dilakukan mengikut peruntukan undang-undang, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Beliau berkata operasi itu telah mendapat pandangan perundangan daripada Pejabat Penasihat Undang-undang Pahang selain telah dipastikan tidak melibatkan kawasan kebun yang menjadi subjek […]

» Read more

Saringan PeKa B40: 151,729 Individu Dikesan Hidap Penyakit Tidak Berjangkit

PUTRAJAYA, 6 Julai – Kira-kira 33 peratus atau 151,729 individu daripada 457,462 orang dalam kumpulan B40 yang menjalani saringan kesihatan menerusi Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) dikesan menghidap sekurang-kurangnya satu penyakit tidak berjangkit, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. “Mereka sebelum ini tidak pernah mengetahui mereka menghidapi penyakit tidak berjangkit,” katanya ketika membentangkan Laporan PeKa […]

» Read more

Hishammuddin Ucap Takziah Kepada Filipina Susulan Insiden Pesawat Tentera Terhempas

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengucapkan takziah dan simpati kepada rakyat serta Kerajaan Filipina berikutan insiden pesawat tentera terhempas pada Ahad lalu. “Doa dan ingatan untuk keluarga mangsa yang sedang mengharungi saat memilukan,” katanya di akaun Twitternya pada Selasa. Hishammuddin turut tag akaun Setiausaha Luar Filipina Teodoro Locsin Jr dan Setiausaha Pertahanan Delfin […]

» Read more

Agong Zahir Penghargaan Kepada Amerika Syarikat Sumbang 1 Juta Vaksin Pfizer

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan penghargaan kepada Amerika Syarikat (AS) atas sumbangan 1 juta dos vaksin Pfizer bagi meningkatkan keupayaan proses vaksinasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin menerusi laman rasmi Facebook Istana Negara hari ini turut menyampaikan ucapan […]

» Read more

Tidak Ada Sebab Kenapa EU Diskriminasi Vaksin AstraZeneca

KUALA LUMPUR, 5 Julai – Kesatuan Eropah (EU) tidak seharusnya mendiskriminasi soal dari mana vaksin COVID-19 AstraZeneca dikeluarkan, kerana formula vaksin yang sama digunakan di semua fasiliti pembuatannya, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin. Susulan laporan bahawa EU akan hanya mengiktiraf vaksin AstraZeneca yang diluluskan oleh European Medicines Agency, Khairy berkata beliau akan meminta AstraZeneca memaklumkan kepada […]

» Read more
1 1,206 1,207 1,208 1,209 1,210 1,913