Pandora Papers: SPRM Telah Buka Skandal Kleptokrasi Terbesar Dunia – Isham Jalil

KUALA LUMPUR, 15 Feb – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Isham Jalil beranggapan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kotak Pandora berkenaan kes kleptokrasi terbesar dalam sejarah Malaysia atau dunia. Jelasnya, beliau mendengar khabar bahawa SPRM telah memanggil bekas Menteri Kewangan, Tun Dr Daim Zainuddin berhubung siasatan berkenaan duit berbilion ringgit seperti yang dinyatakan dalam Pandora Papers. “Saya mendengar […]

» Read more

Demokrasi Dalam UMNO Subur, Ramai Tawar Diri Dalam Pemilihan Kali Ini

KUALA LUMPUR, 15 Feb – Demokrasi dalam UMNO dilihat subur kerana ramai mengumumkan dan menawarkan diri mereka untuk bertanding semasa musim Pemilihan UMNO kali ini. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru-baru ini yang menetapkan agar dua jawatan tertinggi parti iaitu Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan juga adalah satu demokrasi. […]

» Read more

Malaysia Hantar 21 Anggota Pasukan Peninjau Khas Ke Syria – Zambry

SEPANG, 14 Feb – Malaysia menghantar seramai 21 anggota delegasi Pasukan Peninjau Khas ke Syria, bagi mendapatkan gambaran sebenar serta membuat penilaian di lapangan mengenai bentuk bantuan kemanusiaan yang diperlukan negara itu, yang turut dilanda bencana gempa bumi awal bulan ini. Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pasukan itu yang diketuai Timbalan Ketua Setiausaha Hubungan Dua Hala […]

» Read more

KKR Lulus Peruntukan Hampir RM43 Juta Baiki Infrastruktur Rosak Akibat Banjir

KUALA BERANG, 14 Feb – Kementerian Kerja Raya (KKR) meluluskan peruntukan hampir RM43 juta bagi kerja-kerja pembaikan infrastruktur, cerun dan jalan yang terjejas akibat bencana banjir, setakat ini. Timbalan Menterinya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata peruntukan berkenaan melibatkan enam negeri di tiga zon iaitu Zon Tengah Timur, Utara dan Selatan. “Kelulusan itu bagi pembaikan dan penyelenggaraan di kawasan yang mengalami kerosakan […]

» Read more

Pemilihan UMNO 2023: Kalah Menang Adat Bertanding, Terus Menyumbang Kepada Parti

KUALA LUMPUR, 14 Feb – Menang atau kalah dalam sesuatu pertandingan merupakan satu adat namun para calon yang bertanding perlulah menanam azam untuk terus menyumbang khidmat bakti kepada parti meskipun tidak berjaya pada Pemilihan UMNO kali ini. Penolong Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO, Johari Yazid berkata, pesta demokrasi sempena Pemilihan UMNO kali ini perlulah disemarakkan dengan pertandingan yang sihat terutamanya semasa […]

» Read more

KKDW Sasar 1,000 Usahawan Sertai Program Pendigitalan Usahawan Desa

PUTRAJAYA, 14 Feb – Program Pendigitalan Usahawan Desa di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyasarkan seramai 1,000 usahawan menyertainya pada tahun ini bagi mendigitalkan perniagaan mereka. Ketua Setiausaha KKDW Datuk Seri Ramlan Harun berkata sebanyak RM1.7 juta diperuntukkan untuk memberi pendedahan kepada usahawan secara langsung dan praktikal di bawah enam modul dengan kerjasama rakan-rakan strategik kementerian. Beliau berkata […]

» Read more

Johor Punya Kelebihan Sedia Tanah Untuk Pertanian Moden Bagi Syarikat Singapura

SINGAPURA, 14 Feb – Negeri Johor mempunyai kelebihan sebagai jiran terdekat Singapura dalam penyediaan suasana dan prasarana mesra pelaburan serta tanah yang khusus untuk pertanian moden, kata Menteri Besarnya Datuk Onn Hafiz Ghazi. Onn Hafiz yang ketika ini dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Singapura sejak Ahad (12 Feb) berkata beliau menghadiri taklimat Agensi Makanan Singapura (SFA) berkenaan inisiatif […]

» Read more

Ketepi Segala Sentimen Penyebab Perpecahan, Bersatu Padu Perkuat Parti

SHAH ALAM, 14 Feb – Ahli UMNO diseru untuk mengenepikan sebarang sentimen yang boleh menyebab perpecahan dalaman dan bersatu padu dalam mengendalikannya. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Mohd Dendera Billah Zamzuri berkata, pada ketika ini parti mempunyai peluang untuk meningkatkan lagi keupayaan dalam memperjuangkan isu-isu rakyat setelah menjadi sebahagian daripada kerajaan. “UMNO pada ketika ini berpeluang untuk meningkatkan […]

» Read more

Dana Bantuan Malaysia Ke Turkiye Dan Syria Setakat Ini RM20 Juta

KUALA LUMPUR, 14 Feb – Bantuan dana kemanusiaan Malaysia bagi membantu mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria kini berjumlah RM20 juta, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata sumbangan itu adalah daripada beberapa syarikat tempatan dan pelbagai pihak termasuk sebanyak US$1 juta daripada kerajaan Malaysia, manakala US$1 juta lagi adalah sumbangan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. “Bagi bantuan […]

» Read more

Pilih Pemimpin Yang Boleh Galas Tugas Dengan Sebaiknya – Hisham Suhaily

KUALA LUMPUR, 14 Feb – Exco Wanita UMNO, Hisham Suhaily Othman berkata pemilihan barisan kepimpinan hendaklah dibarisi oleh mereka yang benar-benar boleh menggalas tugas serta membawa UMNO ke arah yang lebih baik dan segar. Beliau juga berharap agar pemilihan UMNO ini akan berlaku situasi yang aman dan harmoni bagi memilih pemimpin sama ada di peringkat bahagian mahupun pusat. “Kita mengalu-alukan […]

» Read more
1 1,204 1,205 1,206 1,207 1,208 2,355