Malaysia Paling Lama ‘Lockdown’ Di Dunia … Tapi Makin Tinggi Kes COVID – Najib

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, Malaysia adalah negara paling lama ‘lockdown’ di dunia bagi tahun 2021.

Namun katanya, ia juga menjadi satu-satunya negara saja dalam dunia di mana makin lama ‘lockdown’, makin tinggi kes COVID.

“Negara lain buat ‘lockdown’, kes turun. Kita buat ‘lockdown’, kes naik dan naik dan naik,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pekan.

Dalam hal ini beliau turut memberikan perkiraan jumlah PKP 1.0 pada tahun 2020 ialah 45 hari sementara PKP 2.0 ditambah dengan PKP 3.0 berjumlah 144 hari setakat ini.

Dilaporkan, sehingga semalam, sebanyak 20,780 kes baharu COVID-19 yang dicatatkan dengan 211 kematian melibatkan 184 warganegara manakala 27 bukan warganegara. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.