Saya Tak Komen Jelik Pada MB Kedah, Hanya Kongsikan Jumlah Kematian – Shahanim

SUNGAI PETANI, 11 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Shahanim Mohamad Yusoff dipanggil untuk memberikan kenyataan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Muda petang tadi.

Berhubung status jelik di laman Facebook terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Shahanim bagaimanapun memaklumkan beliau hanya berkongsi jumlah kematian di Kuala Muda.

“Saya tak komen jelik. Saya tak komen hina, saya tak maki MB Kedah pun.

“Saya hanya up status jumlah kematian di Kuala Muda.

“Orang ramai yang komen macam-macam tapi petang ini saya dipanggil ke IPD Kuala Muda,” katanya menerusi hantaran di Facebook,

Sebelum ini tular di media sosial berkenaan respon Muhammad Sanusi mengenai status kontena penghantaran yang digunakan untuk menyimpan mayat di Hospital Sungai Petani.

Bagaimanapun, beliau kemudiannya memohon maaf atas kenyataan tersebut sambil menjelaskan jenakanya itu telah diambil di luar konteks. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.