Mahkamah Rayuan Benar Permohonan Ahmad Zahid Dapatkan Pasport Secara Kekal

PUTRAJAYA, 27 Mac – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berjaya memperoleh pasport antarabangsa dan diplomatik secara kekal bagi membolehkannya menjalankan tugas rasmi di luar negara. Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Hanipah Farikullah membenarkan permohonan Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah untuk mendapatkan pasport secara kekal selepas berpuas hati bahawa […]

» Read more

Jalinan Kerajaan Perpaduan, UMNO/BN Sedia Hulur Bantuan Persahabatan Pada PRN Kelak

TASIK GELUGOR, 27 Mac – UMNO/Barisan Nasional (BN) sedia untuk menghulurkan bantuan persahabatan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang sekiranya berlaku Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam tempoh masa terdekat. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jalinan antara parti dalam Kerajaan Perpaduan ini amat penting untuk mewujudkan keserasian bagi meneruskan kerjasama sekurang-kurangnya dalam tempoh lima tahun akan datang. “Alhamdulilah, […]

» Read more

UMNO Labuan Budayakan Semangat Kerja, Aplikasi Ramadan Bantu Golongan Asnaf – Mohd Rafi

LABUAN, 27 Mac – Sempena bulan Ramadan tahun ini UMNO Bahagian Labuan menganjurkan program Ziarah Ramadan melibatkan kepimpinan bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO termasuk cawangan-cawangan yang berkolaborasi melaksanakan program turun padang ini. Ketuanya, Datuk Mohd Raffi Alli Hassan berkata untuk tahun ini UMNO bahagian Labuan mensasarkan lebih 500 keluarga dari golongan asnaf yang akan disantuni dengan penyampaian sumbangan berupa […]

» Read more

Individu Tak Mampu Beri Sumbangan Kepada Organisasi Tidak Akan Dilantik – Ahmad Zahid

BUTTERWORTH, 26 Mac – Kerajaan Perpaduan tidak akan melantik mana-mana individu yang tidak berupaya memberi sumbangan kepada organisasi atau agensi kerajaan yang diketuainya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata semua lantikan adalah berdasarkan garis panduan Kabinet serta mengikut nasihat Perdana Menteri. “Jangan dilihat hanya kerana seseorang […]

» Read more

UMNO Perlu Dilihat Parti Yang Aktif Bantu Rakyat – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata UMNO perlu dilihat sebagai sebuah parti politik yang aktif dalam memberi khidmat bakti. Ujar Ketua UMNO Bahagian Pontian yang juga Timbalan Menteri Kewangan itu, semua pihak dalam parti perlu mendekati rakyat pelbagai kaum di kawasan masing-masing. “Saya tegaskan bahawa perlu UMNO dilihat sebagai sebuah parti […]

» Read more

Wanita UMNO Malaysia Terus Prihatin, Ziarah Menyusur Akar Sempena Ramadan

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Wanita UMNO Malaysia meneruskan keprihatinan apabila melakukan Ziarah Menyusur Akar ke beberapa kawasan di Parit Sulong dengan melakukan kunjungan sempena Ramadan. Ketuanya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad melalui hantaran di Facebook memaklumkan kunjungan tersebut sebagai mengeratkan silaturahim dalam kalangan rakyat termasuk jentera parti. “Melalui program Ziarah Menyusur Akar di kawasan , saya menyantuni beberapa buah […]

» Read more

Agong, Raja Permaisuri Berbuka Puasa Bersama PM, Jemaah Menteri

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama Jemaah Menteri dan perwakilan asing di Istana Negara, di sini malam ini. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang pulang daripada […]

» Read more

Sharkar Yakin Kepimpinan UMNO Temerloh Tingkatkan Lagi Perjuangan

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Perubahan kepimpinan UMNO Temerloh yang menyaksikan muka baharu pada pemilihan baru-baru ini adalah satu kesinambungan perjuangan yang telah ditinggalkan oleh mantan Ketua UMNO bahagian sebelum ini, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin. Bagi beliau yang kini masih kekal sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO setelah diberi kepercayaan oleh perwakilan seluruh negara pada pemilihan parti Sabtu lalu, […]

» Read more

Lantikan Mereka Yang Tewas Dalam Pemilihan Parti Untuk Kukuhkan UMNO

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan melantik mereka yang tewas pada pemilihan parti itu untuk memegang jawatan tertentu, sebagai satu keterangkuman dalam usaha mengukuhkan UMNO. “Yang menang, tak menang semua, yang kalah, tak kalah semua, maka keterangkuman ini saya lakukan demi kukuhkan parti yang di mata orang luar sedang berada dalam […]

» Read more

Syarikat Korporat, Individu Disaran Selaraskan Bantuan Ramadan, Aidilfitri

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Syarikat korporat dan individu yang ingin menyumbangkan bantuan kepada golongan gelandangan sempena bulan Ramadan dan Aidilfitri disarankan supaya menyelaraskan sumbangan berkenaan melalui jabatan terlibat seperti Yayasan Kebajikan Negara (YKN). Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara ini bertujuan memastikan sumbangan itu dapat diagihkan secara sistematik dan terus kepada golongan terlibat. Selain […]

» Read more
1 1,176 1,177 1,178 1,179 1,180 2,355