Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

GOMBAK, 25 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap gelombang kebangkitan baharu yang dimiliki UMNO kini dapat dimanfaatkan sebaiknya bagi memperkasa parti. Katanya ini termasuk perpaduan dalam kalangan ahli parti yang perlu diperkukuh selepas mengharungi Pemilihan UMNO sesi 2023-2026. “Saya telah berpesan kepada mereka bahawa yang menang itu tidak menang semua manakala kalah tidak kalah semua. […]

» Read more

Peruntukan Belanjawan 11 Kementerian Diluluskan Pada Minggu Keenam Sidang Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Peruntukan belanjawan bagi 11 kementerian diluluskan di peringkat jawatankuasa pada minggu keenam mesyuarat Dewan Rakyat. Ia melibatkan Kementerian Dalam Negeri; Kementerian Kerja Raya; Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi; Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Kesihatan. Selain itu ialah, Kementerian Sumber Manusia; Kementerian Pengangkutan; Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Kementerian […]

» Read more

Bung Sifatkan Pelantikan Sebagai Satu Amanah Dan Tanggungjawab Besar Perkukuhkan UMNO Sabah

KOTA KINABALU, 23 Mac – Sesungguhnya pelantikan jawatan ini datang dengan satu tanggungjawab dan amanah yang besar. Demikianlah ungkapan Datuk Seri Bung Moktar Radin selepas diumumkan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk dilantik semula sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, ketika mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang pertama selepas pemilihan 2023, semalam. Beliau yang […]

» Read more

Dasar Baharu Dalam Usaha Mansuh Hukuman Mati Mandatori – Azalina

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada Jumaat lepas bersetuju dengan beberapa dasar baharu dalam usaha pemansuhan hukuman mati mandatori, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said. Beliau berkata antara dasar itu ialah; tiada lagi hukuman pemenjaraan sepanjang hayat sebagai alternatif kepada hukuman mati mandatori, sebaliknya, hukuman alternatif baharu […]

» Read more

Penganjuran ‘Fun Run’ Tidak Sensitif Dengan Masalah Air Di Kedah – Shaiful Hazizy

ALOR SETAR, 23 Mac – Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin melihat penganjuran ‘Fun Run’ di negeri itu bersempena Hari Air Sedunia tidak bertepatan dengan senario masalah air di negeri tersebut. Menurut beliau, rata-rata komen daripada pengguna facebook berkaitan penganjuran berkenaan menyifatkan ianya tidak kena pada masanya kerana negeri tersebut dibelenggu oleh masalah berkenaan. “Saya terkesan […]

» Read more

Pemuda Lapor Polis, Anjur Pesta Tidak Bermoral Gugat Keharmonian Agama Dan Kaum

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah membuat laporan polis membabitkan penganjuran Pesta Pembukaan Privacy Tun Razak di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, semalam. Exconya, Datuk Shahrul Nasrun dan Aizat Azam mendesak PDRM mengambil tindakan kepada pihak penganjur di bawah peruntukan undang-undang Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998. “Laporan polis […]

» Read more

Pelantikan Ketua Penerangan Tanggung Jawab Besar, Peluang Pamer Imej UMNO Lebih Progresif – Azalina

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Dr Azalina Othman Said menyifatkan pelantikannya sebagai satu tanggungjawab besar dan peluang untuk bersama-sama jentera penerangan parti dalam mempamerkan imej UMNO yang lebih progresif. Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi) merangkap Ahli Parlimen Pengerang berkata demikian dalam kenyataan selepas menerima pelantikan Ketua Penerangan UMNO […]

» Read more

Salam Ramadan Al-Mubarak

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama kepimpinan UMNO mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan dan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam. Terdahulu, pengumuman mula berpuasa hari ini diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad. Syed Danial berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari […]

» Read more

Agong Nasihat Umat Islam Elak Bazir Makanan Di Bulan Ramadan

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar tidak mensia-siakan pahala puasa di bulan Ramadan dengan melakukan pembaziran makanan. Seri Paduka Baginda bertitah ini memandangkan sisa makanan daripada berbuka puasa menjadi penyumbang terbesar kepada tahap pembaziran makanan di bulan Ramadan. “Perkara ini bertentangan dengan hakikat Ramadan yang seharusnya menjadi bulan […]

» Read more

UMNO Akan Terus Mendukung Kerajaan Perpaduan, Komited Pastikan Keutuhan Negara

KUALA LUMPUR, 22 Mac – UMNO akan terus mendukung Kerajaan Perpaduan Malaysia dan komited untuk memastikan keutuhan kerjasama dalam kerajaan ini demi kestabilan negara. Demikian kenyataan yang dikeluarkan mesyuarat pertama Majlis Kerja Tertinggi (MKT) hari ini selepas pemilihan parti selesai pada 18 Mac 2023 yang lalu. “UMNO turut menzahirkan kebimbangan sentimen permainan kaum dan agama yang terus menular. Justeru menggesa […]

» Read more
1 1,177 1,178 1,179 1,180 1,181 2,355