RMK-12 Garis Panduan Wujudkan Rakyat Lebih Berdaya Saing – Azhari

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam Datuk Azhari Shaari berkata Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan garis panduan atau dasar terbaik mewujudkan rakyat Malaysia yang lebih berdaya saing. Menurut beliau, dengan matlamat ‘Keluarga Malaysia’  iaitu  ‘Makmur, Inklusif dan Mampan’, RMK-12 dilihat sebagai satu dasar yang membolehkan […]

» Read more

MOSTI Sasar Peruntukan RM100 Juta Untuk MGC Tahun Depan – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyasarkan peruntukan RM100 juta tahun depan sebagai dana bagi tujuan pelaksanaan pelbagai projek di bawah Malaysia Grand Challenge (MGC). Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba berkata RM80 juta diperuntukkan untuk program MGC tahun ini bagi membolehkan kementerian itu menggalakkan pelaksanaan projek penyelidikan dan pembangunan berkaitan bidang sains, teknologi dan […]

» Read more

Rangka Kerja Perkasa Gender Akan Diperkenal Dalam RMK12 – PM

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Kerajaan akan memperkenalkan rangka kerja bagi memperkasakan gender manakala undang-undang sivil dan syariah akan diperkukuh bagi menangani isu berkaitan wanita, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini, Ismail berkata usaha memperkasakan gender dalam pembangunan juga akan diteruskan dengan meningkatkan penglibatan wanita dalam sektor […]

» Read more

RMK12: Kerajaan Peruntuk RM2.25 Bilion Sedia Bantuan Perumahan Buat Rakyat Miskin

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Kerajaan memperuntukkan RM2.25 bilion bagi menyediakan bantuan perumahan kepada rakyat miskin dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata peruntukan itu adalah untuk membina dan membaik pulih 85,500 unit rumah di bawah Program Bantuan Rumah, melibatkan 75,000 unit rumah di kawasan luar bandar dan hampir 10,500 unit […]

» Read more

Kes Baharu Terus Berkurang Kepada 10,959 – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Kes baharu COVID-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lepas sehingga 12 tengah hari ini terus mencatatkan pengurangan dengan 10,959 kes dilaporkan. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di media sosialnya memaklumkan kes baharu itu berkurangan sebanyak 2,145 kes, berbanding 13,104 kes semalam. “Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif […]

» Read more

Usaha Lonjak Pembangunan Sabah, Sarawak Dipergiat Di Bawah RMK12

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Pembangunan Sabah dan Sarawak akan terus diberi keutamaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), selari komitmen Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan isu berhubung tuntutan kedua-dua negeri itu berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Menerusi rancangan lima tahun bermula 2021 hingga 2025 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata […]

» Read more

Pelan Rangka Tindakan Pembaharuan Sistem Penjagaan Kesihatan Malaysia Akan Diperkenal

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Pelan Rangka Tindakan Pembaharuan Sistem Penjagaan Kesihatan Malaysia akan diperkenal sebagai hala tuju baharu untuk mentransformasi sistem penjagaan kesihatan negara. Menurut dokumen Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) 2021-2025 yang dikeluarkan Unit Perancang Ekonomi, dalam merangka pelan rangka tindakan ini kajian akan dijalankan untuk memantapkan landskap sektor penjagaan kesihatan. “Kajian ini akan merangkumi transformasi sektor penjagaan kesihatan […]

» Read more

Kerajaan Sasar Basmi Kemiskinan Tegar Menjelang 2025

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Kerajaan menyasarkan untuk membasmi kemiskinan tegar menjelang 2025 dengan menumpukan kepada 2.9 juta isi rumah B40 dengan pendapatan bulanan di bawah RM4,850 dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12). Menurut dokumen RMK12 yang dikeluarkan Unit Perancang Ekonomi hari ini, tumpuan akan diberi kepada daerah dan lokasi termiskin di bandar dan luar bandar bagi menangani isu kemiskinan dan […]

» Read more

RMK12 Bawa Keluarga Malaysia Ke Hadapan, Struktur Semula Ekonomi – PM

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang merangkumi separuh pertama pelaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 bakal membawa Keluarga Malaysia ke hadapan dengan menstruktur semula ekonomi negara sebagai asas kepada kesejahteraan rakyat. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelan pembangunan 2021-2025 dengan objektif ‘Malaysia Makmur, Inklusif, Mampan’ bertujuan menangani isu semasa, memulih serta merancakkan semula pembangunan […]

» Read more

Kerajaan Sasar Tingkat Sumbangan PMKS Bumiputera Kepada 15 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Kerajaan akan meningkatkan daya tahan dan kemampanan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Bumiputera untuk mencapai sasaran sumbangan 15 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2025. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pencapaian ini akan disokong dengan penyediaan Dana Kemakmuran Bumiputera dan Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres di bawah Majlis Amanah Rakyat […]

» Read more
1 1,154 1,155 1,156 1,157 1,158 1,939