Kerajaan Sasar Kadar Kemiskinan Luar Bandar Bawah 10 Peratus Tahun Depan- Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Kerajaan menyasarkan kadar kemiskinan luar bandar dapat diturunkan ke paras bawah 10 peratus menjelang tahun hadapan. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata ketika ini kadar kemiskinan luar bandar berada pada paras 12 peratus berbanding 12.9 peratus sebelumnya. “Kita lihat sebanyak 130,000 ketua isi […]

» Read more

DUN Pertang Tak Asing Bagi Jalaluddin, Khidmat Bakti Jadi Sandaran

JELEBU, 31 Julai – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang, Datuk Seri Jalaluddin Alias mengakui pengalaman sebagai bekas ADUN di kawasan berkenaan dan Ahli Parlimen Jelebu memberi kelebihan kepada dirinya. Jelas beliau, rakyat di kawasan ini sememangnya mengenalinya berdasarkan khidmat bakti dan prestasi terbaik yang dilakukan. “Apabila bersama pengundi saya melihat penerimaan mereka seperti biasa […]

» Read more

Hayazi Tekad Rampas Kembali DUN Ayer Hitam

AYER HITAM, 31 Julai – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam, Hayazi Azizan yakin pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini BN dapat merampas kembali kawasan ini. Jelasnya, perkara yang paling penting sekarang adalah menyusun gerak kerja dan jangan menganggapnya mudah walaupun BN berkolaborasi dengan Pakatan Harapan (PH). “Kita akan merampas kembali kerusi DUN Ayer Hitam […]

» Read more

Dr Zaki Mahu Perkasa Pertanian, Ternakan Ala Ladang ‘Farm Fresh’

CHUKAI, 31 Julai – Memperkasa industri pertanian dan ternakan ala ladang tenusu Farm Fresh menjadi fokus calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih, Dr Mohd Zaki Salleh jika diberi mandat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu, 12 Ogos ini. Mesra dengan panggilan Dr Zaki oleh masyarakat tempatan berikutan profesionnya yang merupakan seorang doktor perubatan, beliau terpanggil […]

» Read more

Ubah Kelantan, Demi Kemajuan Yang Ketinggalan Sejak Sekian Lama – Zahri

PASIR MAS, 31 Julai – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Meranti, Zahri Omar mengajak rakyat Kelantan untuk ‘Ubah Kelantan’ bagi memajukan negeri tersebut yang sudah lama ketinggalan sejak pemerintahan Pas selama 33 tahun. Ketika ditemui UMNO Online, beliau turut memaklumkan bahawa proses berkempen dalam masa lebih kurang dua minggu ini telah dipersiapkan sebaiknya bagi mendekati […]

» Read more

Saya Nak Selesaikan Tugas Yang Tergendala Di Pedu – Mahdzir

PADANG TERAP, 31 Julai – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid bertekad untuk menyambung semula tugasan yang tergendala di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu setelah tiada lagi wakil rakyat BN dalam kawasan Parlimen ini sejak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu. Menurut calon BN DUN Pedu itu, rata-rata penduduk ditemui dahagakan perkhidmatan dari seorang wakil rakyat […]

» Read more

Patah Kaki Namun Tak Patah Semangat, Calon Jeram Padang Akan Terus Berkempen

JEMPOL, 31 Julai – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir yang patah kaki kiri selepas terlibat dalam kemalangan awal pagi tadi tetap meneruskan kempennya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan. Mohd Zaidy berkata selepas dibenarkan keluar dari hospital nanti, beliau akan kembali bertemu rakyat secara bersemuka bagi memastikan […]

» Read more

Gelombang Penolakan Terhadap BN Di Kedah Sudah Reda – Mahdzir

KUALA NERANG, 31 Julai – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata gelombang penolakan terhadap BN sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas dilihat kini telah reda. Mahdzir yang juga calon BN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu percaya sokongan pengundi terhadap BN sudah kembali seperti sebelum PRU15 lepas. “Gelombang yang berlaku pada November lalu (PRU15) […]

» Read more

RUU Suruhanjaya Kanak-Kanak Dibentang Di Parlimen Oktober Ini – Azalina

SEREMBAN, 31 Julai – Rang Undang-undang (RUU) Suruhanjaya Kanak-kanak akan dibentangkan di Parlimen Oktober ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said. Beliau berkata usaha mewujudkan sebuah suruhanjaya kanak-kanak yang bebas amat penting bagi melindungi dan memelihara kebajikan serta kepentingan kira-kira 9.5 juta golongan itu di seluruh negara. Katanya ia bukan sahaja […]

» Read more

Wanita UMNO Laksana Gerak Kerja Terbaik Harungi Minggu Kempen

KUALA PILAH, 31 Julai – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad percaya dengan komitmen dimainkan jentera Wanita UMNO/Barisan Nasional (BN) dalam mengharungi tempoh berkempen di Pilihan Raya Negeri (PRN). Katanya, ini termasuk di antara gabungan Wanita tempatan dan bahagian angkat yang bekerjasama dalam melaksanakan gerak kerja terbaik untuk parti. “Kita lipatgandakan usaha kerana kekuatan Wanita UMNO adalah […]

» Read more
1 … 1,152 1,153 1,154 1,155 1,156 … 2,372