MB Perak Kesal Video Kenyataan Isu Tanah Rizab Melayu Dimanipulasi, Disebar

IPOH, 6 Mei – Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad kesal dengan beberapa video kenyataan beliau mengenai isu tanah rizab Melayu di negeri ini yang dimanipulasi dan disebarkan di platform media sosial sejak kebelakangan ini. Beliau berkata video yang disunting sekerat-sekerat menyebabkan petikan video berkenaan tidak mencerminkan maksud asal kenyataannya berhubung isu berkenaan, sebaliknya ia dimanipulasi sehingga menimbulkan kekeliruan […]

» Read more

Isu Air Kedah: Sanusi Patut Tunding Jari Kepada PPBM – Nuraini

ALOR SETAR, 6 Mei – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Kedah, Nuraini Yusoff beranggapan bahawa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor patut menunding jari kepada rakan sekutu Perikatan Nasional (PN) iaitu PPBM kerana menyebabkan projek rakyat tergendala selama dua tahun dalam isu air di Kedah. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Nuraini ternyata kesal dengan sikap Muhammad Sanusi yang […]

» Read more

PRN: Pembahagian Kerusi Di Peringkat Negeri Hampir Selesai – Ahmad Zahid

ALOR GAJAH, 5 Mei – Pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di peringkat negeri telah hampir selesai, kata Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid, yang juga Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri berkata keputusan itu kemudiannya akan dibawa ke peringkat pusat untuk diperhalusi […]

» Read more

Johor, Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Kelancaran Operasi Keluar Masuk Sempadan Negara

JOHOR BAHRU, 5 Mei – Struktur pentadbiran di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan CIQ Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri menjadi antara perkara yang dibincangkan dalam usaha memperbaiki tahap perkhidmatan di kedua-dua pintu keluar masuk laluan darat di negeri ini. Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata perbincangan bersama pihak Jabatan […]

» Read more

UMNO Bukan Parti ‘Extreme’ Sentiasa Hormati Agama, Bangsa Dan Tanah Air – Zawawi

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Ketua Penerangan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Zawawi Othman berpandangan sepanjang beliau menjawat jawatan tersebut merasakan Kerajaan Perpaduan ini cukup berbeza kerana kali pertama UMNO bergandingan bersama-sama dengan Pakatan Harapan (PH). Menurutnya, kepemimpinan UMNO berpandangan penyertaan parti itu dalam Kerajaan Perpaduan adalah jalan terbaik apabila dititahkan oleh Yang di- Pertuan Agong. Katanya, UMNO tidak sesekali akan […]

» Read more

Sudah-sudahlah Ada Agenda Politik, Hormati Keputusan PRU15 – Reezal Merican

KUALA LUMPUR, 4 Mei – Pengarah Koordinasi Pilihan Raya Negeri (PRN) merangkap ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, keputusan PRU15 wajar terus dihormati termasuk Kerajaan dan Perdana Menteri yang ada telah berjaya membuktikan keabsahan di Parlimen. Malah jelasnya, belanjawan 2023 juga berjaya diluluskan tanpa sebarang isu dan masalah berbangkit. Beliau berkata demikian berikutan kebelakangan […]

» Read more

Ahmad Zahid Mohon Peruntukan Khas Selesai Masalah Bekalan Air Sabah

KOTA KINABALU, 4 Mei – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan memohon peruntukan khas untuk menyelesaikan isu bekalan air yang sudah berlarutan sejak sekian lama di Sabah. Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata peruntukan khas itu sangat diperlukan untuk memastikan semua rakyat yang tinggal di Sabah khususnya di kawasan luar bandar negeri itu mendapat bekalan air yang […]

» Read more

Sokongan Rakyat, Akar Umbi Parti Meriahkan Sambutan Aidilfitri Madani – Noraini

KUALA LUMPUR, 4 Mei – Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menzahirkan penghargaan kepada kepimpinan tertinggi Kerajaan Perpaduan yang berjaya menganjurkan sambutan Aidilfitri bersama rakyat. Ini kerana katanya Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani ini berjaya mencapai sasaran dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengetengahkan konsep Malaysia […]

» Read more

Kerajaan Perpaduan: Raikan Perbezaan, Kongsikan Nilai Kepimpinan Perjuangan – Mohammad Sollehin

KUALA LUMPUR, 4 Mei – Meskipun berbeza ideologi, para pimpinan pemuda dalam Kerajaan Perpaduan masih mampu untuk duduk semeja dan berkongsi nilai yang sama iaitu kepimpinan serta perjuangan, kata Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie. Jelasnya, Program Makan Malam Jalinan Mesra Pemuda Perpaduan yang diadakan pada Selasa lalu merupakan sebuah program baik untuk merapatkan jurang antara […]

» Read more

Pingat PNBB Kepada Malbatt 850-10 Pengiktirafan Buat Pasukan Tentera Negara – Mohamad

KUALA LUMPUR, 4 Mei – Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB) kepada anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-10 yang bertugas di Lubnan semalam merupakan pengiktirafan terhadap kemampuan pasukan tentera negara dalam memelihara keamanan sejagat. Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata penganugerahan itu bukti kecemerlangan dan komitmen tinggi yang ditunjukkan Kontinjen MALBATT 850-10 dalam menggalas tugas serta amanah sebagai pasukan […]

» Read more
1 1,149 1,150 1,151 1,152 1,153 2,354