PRN: Satu Undi Untuk BN-PH, Satu Kemajuan Untuk Anak Cucu Kita – Sharif Musa

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Satu undi untuk Barisan Nasional (BN) – Pakatan Harapan (PH) bermakna satu kemajuan untuk anak-cucu kita berbanding satu undi untuk calon Perikatan Nasional (PN) yang membawa satu kemunduran untuk anak-cucu kita.

Demikian perbandingan yang diangkat oleh Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul berikutan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang membabitkan enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu dan Kelantan pada 12 Ogos depan.
Beliau yang membantu jentera calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang berkata perbandingan tersebut dibuat adalah berasaskan fakta.

“Perbandingannya, kadar kemiskinan mutlak di Kedah adalah 8.8 peratus, Kelantan (12.4 peratus) dan Terengganu (6.1 peratus) iaitu negeri-negeri di bawah PN sementara kadar kemiskinan mutlak di Selangor dan Pulau Pinang adalah masing-masing 1.2 peratus dan 1.9 peratus.
“Bukan semua rakyat tahu Kedah mempunyai hub teknologi Kulim Hi-Tech Park dan pusat pelancongan terkemuka dunia seperti Pulau Langkawi? Namun masih merekodkan kemiskinan tertinggi? Ternyata Sanusi hanya berkempen untuk menambah kemiskinan rakyat.

“Pulau Pinang negeri yang kecil berbanding Kelantan, Terengganu dan Kelantan, namun pembangunan ekonomi Pulau Pinang jauh lebih baik dengan rekod pertumbuhan ekonomi tertinggi dalam negara pada tahun 2021 pada kadar 6.8 peratus di saat krisis ekonomi akibat pandemik Covid-19,” katanya kepada UMNO Online.

Soalnya, apakah rekod kemiskinan di tiga negeri mahu ditambahkan lagi dengan tiga negeri yang lain?

“Harapan kita kepada seluruh pengundi di enam buah negeri dapat menyedarkan anak-cucu, saudara-mara, rakan-rakan iaitu tolak Pas dan PN untuk kemajuaan.

“Seluruh rakyat Malaysia amnya sedar hakikat, Kerajaan Perpaduan membangunkan ekonomi negara dan kepesatan ekonomi kerajaan PH di Pulau Pinang dan Selangor perlu dijadikan contoh terbaik,” katanya lagi. – UMNO Online


Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit