PPN: Melaka Beralih Ke Fasa 2, Negeri Sembilan Ke Fasa 3 Mulai 4 Sept

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Melaka dan Negeri Sembilan masing-masing akan beralih ke Fasa Dua serta Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Sabtu ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata peralihan fasa PPN bagi kedua-dua negeri itu dibuat oleh Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang turut sebulat suara bersetuju untuk ia dikenali sebagai Jawatankuasa […]

» Read more

Bantu Siswazah Lepasan Universiti Jadi Usahawan, Antara Fokus Noh Omar Di MEDAC

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Ahli Parlimen Tanjung Karang Tan Sri Noh Omar hari ini memulakan tugas sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang baharu. Beliau menerusi hantaran di Facebooknya juga memaklumkan pada sesi taklimat bersama Ketua Setiausaha Kementerian pagi tadi bahawa beliau ingin menfokuskan penekanan awal kepada empat perkara. “Pertama, bagaimana cara untuk membantu usahawan yang baru memulakan perniagaan. […]

» Read more

ATM Dirikan Hospital Medan Di Lima Negeri Terjejas Teruk COVID-19 – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mendirikan Hospital Medan di lima negeri yang dikenal pasti berdepan penularan jangkitan harian COVID-19 yang tinggi ketika ini. Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata lima negeri berkenaan ialah Sabah, Johor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan. Beliau berkata usaha bagi mengurus dan meredakan situasi di kesemua negeri berkenaan […]

» Read more

Kediaman Untuk Golongan Terkesan Pandemik COVID-19 Pada Sewa Minimum

PUTRAJAYA, 2 Sept – Kerajaan akan menyediakan kediaman bagi golongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19 pada kadar sewa paling minimum untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. Katanya beliau akan mengumumkan maklumat lanjut berhubung inisiatif bantuan kediaman untuk penduduk yang terkesan akibat pandemik COVID-19 itu pada Isnin ini, yang merupakan […]

» Read more

COVID-19: 20,988 Kes Baharu Hari Ini, Selangor Kekal Tertinggi – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Kes baharu COVID-19 dalam negara hari ini meningkat kepada 20,988 berbanding 18,762 kes semalam. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Facebook berkata kumulatif kes COVID-19 kini adalah sebanyak 1,786,004 kes. Selangor kekal mencatatkan jumlah kes harian tertinggi dengan 4,073 kes, diikuti Sarawak (2,992), Kedah (2,455), Sabah (2,329), Johor […]

» Read more

Notis Usul RUU Pemecatan Ahli Parlimen Telah Dihantar Ke YDP Dewan Rakyat – Azalina

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan beliau telah menghantar suatu notis Usul kepada Yang Dipertua (YDP) Dewan Rakyat di bawah Peraturan Mesyuarat 49(1) untuk Rang Undang-undang (RUU) Ahli yang Bukan Ahli Kerajaan semalam. Jelas Azalina usul RUU yang dicadangkan bertajuk Rang Undang-Undang (RUU) Pemecatan Ahli Parlimen 2021 yang disifatkan beliau selari dengan […]

» Read more

Penduduk Lembah Klang Perlu Patuhi SOP Dengan Ketat, Masih Ada Yang Belum Divaksin – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap penduduk di Lembah Klang untuk kekal mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat sekiranya kerajaan menetapkan kawasan tersebut beralih ke Fasa 2 di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN). Jelas beliau ini kerana rakyat perlu memahami bahawa ancaman COVID-19 masih wujud malah individu yang telah divaksin satu […]

» Read more

Sebanyak 65.1 Peratus Populasi Dewasa Lengkap Suntikan Vaksin Setakat Semalam – JKJAV

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Sebanyak 65.1 peratus atau 15,241,655 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV). JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan, sebanyak 85.1 peratus atau 19,932,137 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin […]

» Read more

Bayaran Fasa Satu Bantuan Khas COVID-19 Mulai 6 Sept

KUALA LUMPUR, 1 Sept – Bantuan Khas COVID-19 (BKC) akan dibayar secara berperingkat dengan bayaran Fasa Satu dikreditkan mulai 6 Sept dan dijangka selesai pada 10 Sept. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan hari ini berkata dana berjumlah RM3.1 bilion telah disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan hari ini. Katanya beliau mengambil maklum isu kelewatan bayaran BKC […]

» Read more

Rakyat Menaruh Harapan Anggota Kabinet, Jangan Ulangi Pendekatan Lama Yang Timbulkan Kekecewaan Rakyat

KUALA LUMPUR, 1 Sept – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata rakyat menaruh harapan tinggi kepada seramai 31 Menteri dan 38 Timbalan Menteri yang diumumkan baru-baru ini. Kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu dalam satu hantaran di Facebook, meskipun majoriti anggota Kabinet terdiri daripada barisan kerajaan lama, tetapi mereka kini berkhidmat di bawah kerajaan baharu. “Maka seharusnya […]

» Read more
1 1,147 1,148 1,149 1,150 1,151 1,912