COVID: 9,890 Kes Baharu Hari Ini, Kumulatif Kes 2,313,727 – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Kes baharu COVID-19 dalam negara meningkat sedikit dengan 9,890 kes direkodkan setakat tengahari hari ini, berbanding 9,380 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di laman sosialnya berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan kumulatif kes kini 2,313,727.

Beliau berkata Sarawak kekal sebagai negeri tertinggi dengan sebanyak 1,413 kes diikuti Selangor (1,402), Kelantan (1,032), Johor (993), Sabah (820), Perak (794), Pulau Pinang (721) dan Terengganu (699).

Pahang pula mencatatkan 564 kes, Kedah (503), Melaka (260), Kuala Lumpur (250), Perlis (200), Negeri Sembilan (180), Putrajaya (59) manakala tiada kes di Labuan.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata penggunaan katil COVID-19 setakat 5 petang semalam ialah 55 peratus bagi katil unit rawatan rapi (ICU) dan 50 peratus katil bukan ICU. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.