Langgar Disiplin Parti, Noh Dan KJ Dipecat, Hishammuddin, Shahril Hamdan Serta Dua Digantung

KUALA LUMPUR, 28 Jan – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada malam tadi telah memutuskan memecat dua orang ahli yang melanggar disiplin parti. Katanya, ahli UMNO yang dipecat adalah Tan Sri Noh Omar dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar atas pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO kerana kesalahan sewaktu Pilihan Raya Umum […]

» Read more

Mesyuarat Cawangan UMNO Bermula 1 Feb, Sayap Bahagian 11 Mac Dan Bahagian 18 Mac

KUALA LUMPUR, 28 Jan – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada malam tadi telah membuat beberapa ketetapan berkenaan tarikh-tarikh untuk diadakan Persidangan Tahunan Cawangan dan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian untuk Tahun 2023 yang melibatkan pemilihan jawatan. Katanya, Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri […]

» Read more

Ketepi Perintah Waris Kesultanan Sulu, Tahniah Pasukan Peguam Pertahan Kedaulatan Negara

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin merakamkan penghargaan dan tahniah kepada pasukan peguam yang dibentuk oleh Jabatan Peguam Negara di atas kejayaan awal Malaysia dalam mengetepikan Perintah Penahanan terhadap aset dan kepentingan strategik negara yang difailkan oleh waris kesultanan Sulu di mahkamah Luxembourg bersabit tuntutan mereka berjumlah $14.92 billion. Menurut beliau kejayaan awal […]

» Read more

Tun M Dan Muhyiddin Perlu Muhasabah Diri Daripada Terus Salahkan Individu Lain – Isham

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Isham Jalil meminta bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bermuhasabah diri daripada terus menyalahkan individu lain. Katanya ini termasuk berterusan meratib nama Datuk Seri Najib Tun Razak dengan rasuah sedangkan rakyat juga mengetahui bahawa Tun Mahathir juga sepatutnya dihukum dengan perbuatan yang pernah dilakukan sebelum ini. “Tun, Najib telah […]

» Read more

Usah Meraih Laba Politik Dengan Menyulam Kebencian Terhadap Umat Islam – Zuhir Ghazali

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Kelab Mahasiswa UMNO Malaysia mengecam tindakan pemimpin parti politik sayap kanan Denmark Hard Line, Rasmus Palu ekoran membakar al-Quran dengan niat politik serta menagih perhatian. Presidennya, Muhammad Zuhir Ghazali berkata tindakan itu sewajarnya dikutuk dan dikecam bukan saja oleh negara umat Islam, malah seluruh masyarakat dunia yang bertamadun serta yang inginkan keamanan dan keharmonian. “Tindakan […]

» Read more

Keselamatan Cerun, Kawasan Tanah Tinggi Antara Tumpuan Kerjasama Pahang-Selangor

KUANTAN, 27 Jan – Keselamatan cerun dan kawasan tanah tinggi di sempadan Pahang dan Selangor antara tumpuan kerjasama dua hala yang dipersetujui oleh kedua-dua negeri, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Beliau berkata kedua-dua negeri juga bersetuju untuk membangkitkan isu keselamatan cerun di peringkat Persekutuan termasuk mengaktifkan Majlis Cerun Negara supaya pihak Persekutuan dapat membantu Pahang […]

» Read more

Lebuhraya LTU/CSR: Pemimpin UMNO Utamakan Keselesaan Rakyat Demi Kesejahteraan

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Untuk memastikan keselesaan pengguna jalan raya yang mahu pulang ke kampung halaman khususnya di Pantai Timur, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad sentiasa mengikuti perkembangan pembinaan Lebuhraya Tanpa Tol Lingkaran Tengah (LTU) atau Central Spine Road (CSR). Jelasnya, lebuhraya sepanjang 365 kilometer itu boleh menyingkatkan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelantan sehingga […]

» Read more

‘Pembersihan’ Besar-Besaran UMNO Tumpu Ahli Sabotaj Parti – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 26 Jan – UMNO akan melakukan ‘pembersihan’ parti secara besar-besaran, dengan memberi tumpuan kepada mereka yang didapati mensabotaj parti serta calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata perkara tersebut, akan dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di ibu negara esok. “Saya kata dalam Perhimpunan Agung UMNO […]

» Read more

Mahkamah Luxembourg Benar Permohonan Malaysia Ketepi Perintah Penahanan ‘Waris’ Kumpulan Sulu

KUALA LUMPUR, 26 Jan – Mahkamah di Luxembourg telah mengetepikan perintah penahanan yang dimohon oleh individu yang mendakwa sebagai ‘waris’ kumpulan Sulu pada Selasa lepas (24 Jan), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said. Katanya, perintah penahanan pada 11 Julai 2022 yang diketepikan itu dimohon berasaskan dua award timbang tara dikatakan dikeluarkan […]

» Read more

Wanita UMNO Malaysia Terus Prihatin, Ziarah Kasih Ke Kedah

KUALA LUMPUR, 26 Jan – Wanita UMNO Malaysia meneruskan keprihatinan apabila melakukan ziarah kasih ke Kedah dengan mengunjungi beberapa kepimpinan Wanita bahagian. Ketuanya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad melalui hantaran di Facebook memaklumkan kunjungan ke Merbok, Pokok Sena dan Jerai. “Saya dan sahabat-sahabat Wanita Malaysia berkesempatan menziarahi Ketua Wanita UMNO Bahagian Merbok, Hapsoh Ahmad yang telah kehilangan suaminya baru-baru ini. […]

» Read more
1 1,138 1,139 1,140 1,141 1,142 2,279