Rakyat Semakin Yakin Komitmen Kerajaan Perpaduan – Muhamad Khizri

JENERI, 9 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim berkata semenjak Kerajaan Perpaduan mentadbir negara, tiada anasir-anasir yang melibatkan demonstrasi dan sebagainya diadakan.

Menurutnya, negara ini mengikut sistem demokrasi negara dan perkara ini berjalan lancar dan menyakinkan rakyat.

“Semenjak lapan bulan menjadi Kerajaan Perpaduan ini tidak ada satu perkara yang melibatkan demonstrasi, rasa tak puas hati, hantar surat bantahan. Setakat ini semuanya berjalan lancar dan nampak keyakinan pada kerajaan mula dirasai rakyat Malaysia.

“Saya rasa pengundi kali pertama sudah matang menilai perkara itu. Mudah-mudahan akan berlaku kejutan yang tidak menjangkakan. Hari ini anak muda tidak ada masalah gantung bendera BN. Tidak perlu upah dan sebagainya dan nampak ‘big surprise’ dalam perkara ini dan kemungkinan akan berlaku yang tidak mustahil pada PRN (Pilihan Raya Negeri) ini.

“Bagi PH (Pakatan Harapan) sememangnya sudah ada kekuatan dari segi anak muda dan BN ketinggalan dalam perkara ini dan ‘catch up’ dari hari ke hari nak ‘tackle’ anak muda ini. Dalam kempen pilihan raya ini di sebelah PN (Perikatan Nasional) kurangnya aktiviti anak muda dan kali ini nampak sangat dan bukannya pada PRU (Pilihan Raya Umum) lepas.”

Kata Muhamad Khizri melihat pada hari penamaan calon gelombang BN dapat menarik anak muda kembali.

“’Wave’ dari penamaan hari calon sudah nampak dan berbeza masa Pilihan Raya Umum (PRU) lalu. Sokongan ini dapat menarik anak muda kembali pada BN.

“Tidak seperti PN yang yakin anak muda menyokongnya melalui aplikasi dalam talian walaupun depa ‘control’ media sosial. Apakah popular dalam media sosial itu satu perkara yang menguntungkan atau yang merugikan? soalnya.

Dalam masa yang sama Ketua UMNO Bahagian Sik itu berkata akan berusaha bersungguh-sungguh serta melipatgandakan usaha sekiranya mahukan kejayaan.

“Saya berdiri atas hakikat bahawa apa yang diperjuangkan ini sebagai calon pilihan raya, hakikatnya sukar dan bukannya kerja senang perlu melipatgandakan usaha seandainya mengimpikan kejayaan atau pun kemenangan.

“Calon yang melawan ini cukup popular dan terkenal satu Malaysia dengan kelantangannya dan segala-galanya dan juga Menteri Besar Kedah. Walau macamana pun segalanya tidak mustahil,” jelas beliau.

Tegasnya, sejarah telah membuktikan ramai ‘giant’ akhirnya tumbang.

“Insya Allah… dengan gerak kerja berterusan dan berkerja kuat BN/PH serta komponen dan masyarakat siam kembali menyokong Kerajaan Perpaduan dan segalanya tidak mustahil pada 12 Ogos nanti,: ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.