Politik Khidmat Bakti Perlu Seiring Senario Semasa – Ahmad Shabery

BENTONG, 20 Mei – Politik khidmat bakti perlu seiring dengan perkembangan semasa termasuklah pembinaan naratif yang terbaik dalam usaha memastikan perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) khususnya pembinaan negara bangsa berterusan. Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 politik khidmat bakti tidak lagi menjadi tunjang kepada pola pemilihan oleh rakyat. […]

» Read more

Kenal Pasti Medium Sesuai Zaman Digital, Santuni Dan Berhubung Dengan Rakyat

BENTONG, 20 Mei – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan menyarankan kepada jentera penerangan parti pada zaman digital ini agar mengenal pasti medium yang sesuai untuk menyantuni dan berhubung dengan masyarakat di luar sana. Kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, sesuatu isu juga perlu ditangani dengan sebaik mungkin serta diterangkan kepada rakyat supaya mereka memahami fakta sebenar. “Kita […]

» Read more

UMNO Wadah Perjuangan Melayu, Terus Perkukuh Perjuangan – Azhari Shaari

KUALA LUMPUR, 19 Mei – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari mengharapkan seluruh ahli UMNO bersama-sama meneruskan perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan tanah air. Katanya, UMNO diyakini akan bangkit semula dan menjadi parti yang akan memperjuangkan orang Melayu dan Islam kerana itulah asas penubuhannya sejak dahulu. “Saya mengharapkan agar UMNO akan terus menjadi sebuah parti yang lebih kukuh, […]

» Read more

SUA Santuni Warga Kerja Dan Pelajar MRSM Tun Ghafar Baba Serta IKM Jasin

JASIN, 19 Mei – Pengerusi MARA merangkap Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyantuni warga kerja dan pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tun Ghafar serta Institut Kemahiran MARA di sini, semalam. Bermula pada jam 2.00 petang, Asyraf Wajdi tiba di Surau Al-Ikhwan MRSM Jasin bagi menunaikan solat Zohor secara berjemaah bersama warga pendidik dan pelajar. Sejurus selepas […]

» Read more

Walau Ditohmah, UMNO Kekal Berprinsip Kepada Asas Perjuangan – Aznan Tamin

PENGERANG, 19 Mei – UMNO tetap akan memegang amanat falsafah perjuangan dan tidak pernah berubah sama sekali iaitu agama, bangsa dan negara, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat, Aznan Tamin. Jelasnya, hanya UMNO satu-satunya parti yang kekal berprinsip memperjuangkan nasib orang Melayu berbanding parti lain. “Ramai yang mengatakan UMNO telah berubah tetapi sebenarnya prinsip pegangan parti ini masih […]

» Read more

Tiada Kompromi, UMNO Kekal Tegas Pertahan Kepentingan Agama Islam – SUA

  GOMBAK, 18 Mei – UMNO tetap berprinsip dalam mendukung aspirasi perjuangan parti seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Katanya meskipun bersama dalam Kerajaan Perpaduan namun tiada kompromi yang akan diberikan sekiranya membabitkan Islam, kedudukan Raja-raja Melayu, bangsa, keistimewaan Bumiputera dan bahasa kebangsaan. “UMNO dari segi konteks menjaga kepentingan Islam ini […]

» Read more

Pemain Industri Francais Diseru Berkolaborasi Promosi Produk Tempatan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 18 Mei – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru pemain industri francais tempatan supaya berkolaborasi untuk mempromosikan jenama masing-masing ke peringkat antarabangsa. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata sudah tiba masanya kesemua pemain industri bersama dalam memasarkan produk tempatan ke luar negara sekali gus mengetepikan persaingan. “Saya yakin sekiranya kita bersama […]

» Read more

UMNO Depani Realiti Dan Dinamik Politik Baharu Bersama Kerajaan Perpaduan – Sollehin

KUALA LUMPUR, 18 Mei – UMNO perlu berhadapan dengan realiti politik yang baharu kerana bukan ada parti yang dominan dalam negara dan ianya tidak sama seperti dahulu. Namun begitu katanya, asas dan prinsip perjuangan UMNO tidak pernag berubah biarpun mendepani dinamik politik yang baharu apabila bekerjasama dengan parti politik Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan. “Ideologi yang dihadapi sekarang ini […]

» Read more

Sukan SEA: Pendekatan Menyeluruh Perlu Diperlihat Semula, Kembalikan Kegemilangan Atlet Negara

KUALA LUMPUR, 18 Mei – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berpandangan prestasi merudum pasukan tanah air di temasya Sukan SEA di Cambodia adalah refleksi kelemahan ekosistem pembangunan sukan dan persediaan atlet. Setiausahanya Hafiz Ariffin berkata dengan tidak berupaya mencapai sasaran 40 emas dan menduduki di tangga ketujuh ia semestinya satu tamparan hebat. “Keputusan yang dicapai ini adalah cerminan kesan dari keputusan-keputusan […]

» Read more

Isu Kalimah Allah: Kabinet Persembah Cadangan Kepada Majlis Raja-Raja

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Jemaah Menteri telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mempersembahkan cadangan-cadangan bagi mengukuhkan penguatkuasaan dasar berhubung kalimah ‘Allah’ kepada Majlis Raja-Raja. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan hari ini berkata ia turut melibatkan cadangan memperkukuh perpaduan dan keharmonian antara kaum dan agama di Malaysia. Perkara itu antara […]

» Read more
1 1,057 1,058 1,059 1,060 1,061 2,272