Penerangan Barisan Hadapan UMNO, Pastikan Fakta Dan Maklumat Tepat Untuk Rakyat – Mohd Aruan

TENOM, 1 Nov – Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Tenom, Mohd Aruan Siden mengakui bahawa jentera penerangan adalah barisan hadapan parti dalam memastikan UMNO dapat menyampaikan fakta dan maklumat yang tepat kepada rakyat.

Katanya, tumpuan kini tentunya adalah kepada penggunaan media sosial yang semudah di hujung jari sahaja.

“Penerangan Pemuda UMNO Tenom akan memberikan tumpuan kepada media sosial baharu untuk menyampaikan fakta dan maklumat yang tepat kepada rakyat. Kita juga sentiasa berterusan menangkis dakyah negatif dilapor oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO Online.

Mohd Aruan mengakui terdapat maklumat yang tidak sampai kepada kumpulan sasaran di bawah maka di sinilah tugas jentera penerangan.

“Kadang-kadang maklumat kepada kumpulan sasar dan akar umbi tidak sampai ke bawah. Rakyat menerima maklumat sepenuhnya tanpa usul periksa. Itu yang jadi persepsi negatif kerana maklumat yang sebenar tidak sampai ke bawah.

“Pemikiran rakyat telah berubah, dan kita penerangan perlu menguasai media sosial baharu sepenuhnya mengikut peredaran zaman.

“Kita perlu memberikan tumpuan yang lebih terhadap media sosial baru untuk menyampaikan fakta dan maklumat yang tepat kepada rakyat agar pemikiran rakyat tidak diracuni anasir fitnah,” katanya lagi. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.