Peguam Mohon AG Segerakan Keputusan Representasi Kaji Kes Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Pihak pembelaan dalam kes Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memohon Peguam Negara (AG) menyegerakan keputusan representasi bagi mengkaji 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi (YAB) dihadapi Timbalan Perdana Menteri itu. Menurut kenyataan media oleh peguam mewakili Ahmad Zahid iaitu Datuk Hisyam Teh Poh Teik, Datuk Ahmad Zaidi […]

» Read more

PM Umum Peruntukan Tambahan RM30 Juta Naik Taraf Laluan Gerik-Jeli

GERIK, 24 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta bagi menaik taraf Jalan Raya Timur-Barat yang menghubungkan Gerik-Jeli. Beliau berkata peruntukan itu adalah tambahan peruntukan penyelenggaraan jalan tersebut yang dianggarkan kosnya sebanyak RM80 juta sehingga RM100 juta. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata terdapat banyak permohonan peruntukan bagi penyelenggaraan jalan di seluruh negara […]

» Read more

Kerajaan Sasar Jadikan Melaka, Negeri Mesra Pelabur – Ab Rauf

MELAKA, 24 Ogos – Kerajaan menyasarkan pembangunan kawasan perindustrian baharu bagi memastikan sektor pelaburan dan perindustrian terus berkembang menjadikan Melaka sebagai negeri mesra pelabur, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. Beliau berkata usaha itu termasuk menggalakkan penyertaan pihak swasta untuk menerima pelaburan berkualiti, mengutamakan bidang sedia ada dan pertumbuhan baharu yang memiliki nilai tambah tinggi. “Kerajaan negeri berhasrat […]

» Read more

Pelantikan 10 Barisan Exco N. Sembilan Hasil Kesepakatan PH-BN

KUALA PILAH, 24 Ogos – Pelantikan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan hari ini merupakan hasil kesepakatan dan perbincangan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) daripada peringkat akar umbi hingga ke kepimpinan utama parti. Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata beliau optimis barisan kepimpinan berkenaan mampu melakukan yang terbaik untuk pentadbiran kerajaan negeri, sekali […]

» Read more

Ab Rauf Dahului Senarai Penerima Pingat Kebesaran Melaka

MELAKA, 24 Ogos – Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mendahului senarai 351 penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri sempena Ulang Tahun Kelahiran ke-74 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam di sini, hari ini. Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Zaidi Johari dalam satu kenyataan hari ini berkata Ab Rauf menerima Darjah Utama Negeri Melaka (D.U.N.M) yang […]

» Read more

Ahmad Zahid Tepati Janji, Jelas Bayaran Bagi Projek Pembangunan – Saksi

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Seorang penyelia projek memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sentiasa menepati janji dan menjelaskan setiap bayaran kepada syarikat kontraktor yang melaksanakan projek pembangunan di Bagan Datuk. Marlin Ahmad, 50, berkata sikap timbalan perdana menteri itu diberitahu oleh arwah abangnya, Allahyarham Sanusi Ahmad, selaku pengasas syarikat kontraktor, Sutida […]

» Read more

Hasrat PN Guna Logo Berbeza Mampu Cetus Perpecahan – Wan Mahussin

JELI, 24 Ogos – Hasrat Perikatan Nasional (PN) menggunakan logo berbeza dengan Persekutuan untuk sambutan Hari Kebangsaan di negeri-negeri pemerintahannya mampu menyebabkan perpecahan kaum dan masyarakat Malaysia. Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jeli, Wan Mahussin Wan Zain berkata, ianya merupakan satu tindakan yang penting diri dan membawa ideologi politik dalam semangat patriotik. “Ianya adalah satu tindakan yang selfish dan […]

» Read more

Pendekatan Positif Bina Negara Bangsa Penting Kembalikan Keyakinan Kepada UMNO – Shaiful Hazizy

MERBOK, 24 Ogos – Keyakinan orang Melayu terhadap UMNO perlu dipulihkan segera dan pendekatan positif membina negara bangsa ini adalah penting untuk meraih kembali sokongan rakyat terhadap perjuangan murni yang digagaskan sejak 1946. Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, beliau menyambut baik kenyataan panjang lebar Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said berkenaan […]

» Read more

PRK DUN Pelangai Pada 7 OKT – SPR

PUTRAJAYA, 24 Ogos – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang pada 7 Okt ini. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata tarikh penamaan calon dan pengundian awal bagi PRK berkenaan masing-masing ditetapkan pada 23 Sept dan 3 Okt. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan […]

» Read more

Jazlan Tempelak MB Kelantan, Perjuangan Islam Bukan Hak Eksklusif Parti Tertentu

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menempelak dakwaan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud yang melabel Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sebagai melawan perjuangan Islam. Katanya, tidak mungkin wakil rakyat daripada UMNO/BN menentang perjuangan Islam sedangkan parti ini sejak sekian lama membawa syiar […]

» Read more
1 1,045 1,046 1,047 1,048 1,049 2,352