Mangsa Banjir Terus Dapat Perhatian, Bantuan Terus Disalurkan – Sharkar

TEMERLOH, 2 Jan – Pelbagai usaha dapat dilihat serta pelbagai bantuan pula disalurkan kepada mereka yang terkesan serta dilanda musibah banjir baru-baru ini. Di Temerloh, Penyelaras Parlimen Barisan Nasional (BN) kawasan berkenaan Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bersama yang lain menyantuni mangsa banjir. […]

» Read more

Penangguhan Umrah Bertujuan Perlahankan Omicron – Khairy

KUALA LUMPUR, 2 Jan – Penangguhan sementara aktiviti umrah bertujuan memperlahankan penularan varian Omicron COVID-19 dalam negara kerana berdasarkan data hampir 78 peratus ‘presumptive’ (jangkaan) Omicron baharu adalah daripada jemaah umrah, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.  Menerusi catatan di akaun Twitternya beliau berkata mengikut Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), ‘presumptive’ Omicron, telah 100 peratus disahkan Omicron melalui jujukan genom penuh. “Penilaian risiko akan […]

» Read more

KPLB Kumpul Data Di Seluruh Negeri Terjejas Banjir Untuk Pelan Pembaikan Dan Peruntukan Kos

PUTRAJAYA, 2 Jan – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sedang mengumpul data di seluruh negeri yang terjejas banjir untuk pelan pembaikan dan peruntukan kos bagi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), jalan kampung, jalan perhubungan desa, jambatan, longkang surau, taska, tabika serta ameniti sosial lain di bawah seliaannya. Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata ketika ini dalam fasa […]

» Read more

Banjir : Kesiapsiagaan Bomba Tahap Optimum Termasuk Hadapi Air Pasang Besar

KUALA LUMPUR, 2 Jan – Kesiapsiagaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) berada dalam keadaan optimum sepanjang musim Monsun Timur Laut yang melanda negara ketika ini. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata jabatan  itu juga dalam keadaan berjaga-jaga khususnya di kawasan pantai barat Semenanjung yang dijangka mengalami fenomena air pasang besar hingga 5 Jan […]

» Read more

Jadikan Semangat ‘Abang Viva’ Dan Sukarelawan Lain Sebagai Suntikan Semangat – Zahid

KUALA LUMPUR, 2 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap kisah-kisah kesukarelawanan seperti ‘Abang Viva’ dan sukarelawan-sukarelawan lain dalam usaha membantu mangsa banjir terus diangkat dan ditonjolkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Menurut beliau apa yang ditonjolkan itu diharap dapat menjadi suatu suntikan semangat untuk dicontohi oleh lebih ramai rakyat di negara ini. “Saya ikuti maklumat-maklumat yang […]

» Read more

KPT Akan Memudahcara Urusan Pelajar UUM Kemalangan Di Caribbean

KUALA LUMPUR, 1 Jan – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) akan memudah cara segala urusan Nur Nabilah Mohd Azahar yang terlibat dalam kemalangan ketika menjalani latihan industri di Dive Division Curacoa, Caribbean baru-baru ini. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia termasuk usaha membawa pulang pelajar UUM itu dan tuntutan […]

» Read more

Mangsa Banjir, Rakyat Terjejas COVID Tetap Perlukan Tumpuan Kerajaan

KUALA LUMPUR, 2 Jan – Pemuda UMNO menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakib berhubung pelbagai bantuan untuk sebilangan mangsa banjir di seluruh negara semalam, namun pada masa yang sama turut melihat cadangan pengeluaran i-Citra RM10,000 masih terus hangat diperkatakan oleh rakyat, Pengarah Komunikasinya, Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri berkata permintaan ini dari awalnya […]

» Read more

Banjir Di Segamat : Wanita Cawangan Bantu Di Pusat Pemindahan – Norshida

SEGAMAT, 2 Jan – Wanita UMNO Segamat hari ini mengambil tindakan awal dengan melantik Ketua Wanita UMNO Cawangan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dalam usaha membantu mangsa-mangsa banjir yang terlibat. Ketuanya Datuk Norshida Ibrahim berkata langkah berkenaan diambil setelah beberapa kawasan di Segamat mula dinaiki air selain perbincangan dengan agensi kerajaan yang lain dalam usaha melicinkan bantuan sewajarnya. “Awal pagi […]

» Read more

Pemuda BN Sedia Hotline Bantu Mangsa Banjir – Asyraf

KUALA LUMPUR, 1 Jan – Pemuda Barisan Nasional (BN) hari ini memaklumkan bahawa mereka menyediakan hotline untuk mangsa-mangsa banjir membuat aduan sekiranya wujud sebarang kesulitan dalam menerima bantuan. Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata ini bagi memastikan bantuan yang diberikan kerajaan benar-benar sampai dan tiada isu birokrasi dalam aspek penyampaian dan perlaksanaan. “Mangsa-mangsa banjir juga boleh menghubungi Ketua-Ketua Pemuda […]

» Read more

Pelbagai Strategi Rancakkan Industri Pelancongan Melaka – Sulaiman

JASIN, 1 Jan – Kerajaan negeri menyasarkan kehadiran lebih ramai pelancong ke Melaka tahun ini dengan merangka pelbagai strategi baharu termasuk mewujudkan lebih banyak produk dan lokasi pelancongan dalam usaha merancakkan semula industri itu. Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata tarikan pelancongan perlu diperbanyak bagi memulihkan sektor itu selepas pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak lebih setahun merencat […]

» Read more
1 1,031 1,032 1,033 1,034 1,035 1,904