Hari Wanita : Satu Pengiktirafan, Saksama Bersama – Norshida

SEGAMAT, 7 Mac – Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim melihat Hari Wanita Sedunia yang disambut pada hari ini merupakan satu pengiktirafan kepada golongan berkenaan kerana pengorbanan, perjuangan dan jasa bakti mereka.

Menurut beliau sumbangan besar wanita tidak dapat dinafikan lebih-lebih lagi wanita adalah tulang belakang keluarga yang menjadi asas kepada pembangunan negara.

“Sememangnya diakui oleh semua peringkat dalam keluarga kita bahawa wanita ini adalah penyeri dalam sesebuah kehidupan dan lambang keharmoniaan dalam sebuah keluarga.

“Wanita sama ada bekerjaya atau menjadi surirumah adalah aset yang sangat penting dalam kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambah beliau lagi, dalam era digital ini, umumnya berbangga ramai yang mampu bangkit menguasai dunia digital tidak kira di bandar atau di desa.

“Kita mampu kuasai pasaran terbesar tetapi dalam masa yang sama wanita perlu sedar dan membuktikan bahawa potensi wanita diperkasa dan berupaya untuk mengisi lorong kerjaya (Career Path) wanita dalam semua bidang dengan 30% wanita siapsiaga di peringkat pembuat keputusan tidak kira di dalam sektor awam mahupun sektor swasta.

“Hargailah kekuatan kita dan saling melengkapi agar kita dapat kecapi kejayaan bersama. Wanita adalah insipirasi dan tonggak penting dalam agenda pembangunan negara,” tambahnya. – UMNO Online

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.