Wanita BN Terus Fokus Gerakkan Jentera – Noraini Ahmad

PULAI SEBATANG, 8 Mac – Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Noraini Ahmad percaya bahawa BN mempunyai dan struktur organisasi yang terbaik dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini.

Katanya, sudah semestinya di bawah Wanita UMNO/ BN, jentera-jentera yang datang membantu di sini mempunyai tugas masing-masing dan akan terus menggerakkan jentera Wanita BN hingga ke hari pengundian nanti.

“Alhamdulillah… sejak mula berkempen BN telah memberi tugasan-tugasan yang tertentu kepada Wanita-wanita UMNO/BN dan kini pada fasa kedua kempen ini diteruskan. Pada kali akan lebih fokus mengenal pasti pengundi-pengundi serta menilai pengundi mana dan selain daripada itu membuat aktiviti-aktiviti yang terus kepada pengundi berkenaan oleh jentera-jentera tempatan.

“Insya-Allah… sekiranya BN diberi kepercayaan dan menyeru kepada semua pengundi di Johor agar memberi kepercayaan dengan mengundi calon-calon Wanita BN yang bertanding pada PRN Johor dan saya percaya calon-calon Wanita BN akan melakukan dengan terbaik.

“BN adalah sebuah parti yang sangat kuat dan sentiasa memberikan sokongan kepada semua calon BN dan akhirnya menjadi wakil rakyat yang terpilih,” katanya ketika ditemui UMNO Online, di sini.

Noraini yang juga Ketua Wanita UMNO Malaysia berharap agar pengundi Johor terus memberikan kepercayaan pada BN.
“Wanita UMNO/BN telah terbukti bahawa sekiranya diberi peluang, kepercayaan dan tanggungjawab maka Wanita UMNO/BN akan melakukan yang terbaik. Insya-Allah… calon-calon yang diketengahkan di dalam PRN Johor adalah antara yang terbaik daripada negeri ini,” katanya lagi.

Seterusnya kata Noraini lagi BN telah mengekalkan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohamad sekiranya beliau mendapat mandat yang penuh dari pengundi.

“Sebenarnya beliau memang layak mengemudi negeri ini dan percaya di bawah kepimpinan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad yang mempunyai kredibiliti dan ketokohan sebagai pemimpin bagi negeri Johor.

“Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta kepimpinan parti telah menamakan beliau sebagai Menteri Besar Johor ini,” ujarnya. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.