Wanita Teras Pembanguan Negara, Bangsa Dan Negara – Ahmad Zahid

JOHOR BAHRU, 8 Mac – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada semua wanita UMNO, Puteri UMNO, wanita BN dan semua wanita di luar sana

“Wanita adalah rakan kongsi setara. Wanita teras pembangunan keluarga, bangsa dan negara. Wanita yang hebat asas kepada ketamadunan yang kuat,” kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) di dalam satu perkongsian di Facebook.

Justeru, Ahmad Zahid menyeru kepada semua hargailah peranan dan sumbangan wanita.

“Hapuskanlah segala stereotaip negatif terhadap wanita. Wanita bahagia rakyat sejahtera,” katanya.

Tahun ini, kerajaan mengangkat Saksama Bersama sebagai tema sambutan Hari Wanita 2022. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.