COVID-19: Enam Kes Baharu Termasuk Satu Libatkan Kluster MV Glen

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Enam kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, termasuk satu kes melibatkan Kluster MV Glen di Selangor, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata dengan perkembangan itu, jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia kini sebanyak 9,360 kes manakala kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 153. Dr Noor Hisham berkata daripada jumlah kes […]

» Read more

Semua Ketibaan Dari Luar Negara Di Sarawak Perlu Jalani Kuarantin Wajib 14 Hari – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Semua ketibaan dari luar negara di pintu masuk Sarawak diwajibkan melalui tempoh kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin ditetapkan oleh kerajaan negeri berkenaan, berkuat kuasa semalam. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mereka yang terlibat juga perlu menjalani ujian saringan pada hari kedua dan hari kesepuluh. “Kos kuarantin bagi rakyat […]

» Read more

Semak Diri, Jaga Bahasa Ketika Berbahas – Rais Yatim

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Ahli Dewan Negara perlu menuturkan kata-kata yang sopan setiap kali berucap dan berbahas walaupun mempunyai perbezaan pandangan dalam sesetengah perkara, kata Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim. Dalam ucapan sulungnya sebagai Yang Dipertua Dewan Negara, Rais berkata ini kerana percakapan ahli Dewan ditonton oleh rakyat dan ia akan menjadi contoh terutama kepada […]

» Read more

Pelan Pembangunan Pelancongan Johor 10 Tahun Akan Ditambah Baik

JOHOR BAHRU, 2 Sept – Kerajaan negeri akan menambah baik pelan pembangunan pelancongan negeri dalam tempoh 10 tahun, termasuk pelancongan di pulau-pulau di Johor bagi merancakkan lagi sektor berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan negeri Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata setiap daerah di negeri Johor mempunyai tarikan pelancongannya tersendiri, dan salah satu tarikan termasuk pulau-pulau yang indah yang terletak […]

» Read more

Persidangan Dewan Negara Berlangsung Dalam Suasana Normal Baharu

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Persidangan Dewan Negara yang bermula hari ini berlangsung dalam suasana normal baharu dengan beberapa prosedur operasi standard (SOP) digariskan bagi mengekang penularan pandemik COVID-19. Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim ketika membacakan SOP itu mengingatkan semua ahli Dewan supaya sentiasa mematuhi penjarakan fizikal. “Kita perlu melalui normal baharu bagi mengekang penularan pandemik […]

» Read more

Rais Yatim Dimasyhurkan Sebagai Speaker Dewan Negara Ke-18

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim dimasyhurkan sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-18 hari ini. Rais, 78, merupakan antara tiga calon yang dikemukakan untuk memegang jawatan itu selain Senator Mohd Yusmadi Mohd Yusoff dan Senator Theodore Douglas Lind. Bagaimanapun, Theodore menarik diri pada saat akhir. Pemilihan Yang Dipertua Dewan Negara […]

» Read more

Sidang Dewan Negara Bermula Hari Ini

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 Dewan Negara akan bersidang hari ini hingga 23 Sept depan dengan hari pertama tertumpu kepada pelantikan Yang Dipertua Dewan Negara ke-18. Pelantikan itu bagi menggantikan Tan Sri S.A.Vigneswaran yang tamat perkhidmatan pada 22 Jun lalu dan sekiranya terdapat lebih satu nama dikemukakan, pemilihan akan diadakan. Upacara yang berlangsung di […]

» Read more

Semalam Catat Jumlah Ingkar PKPP Dikompaun Tertinggi Setakat Ini – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 1 Sept – Jumlah mereka yang dikompaun kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam menunjukkan peningkatan mendadak kepada 673, jumlah tertinggi sejak pelaksananaan perintah itu, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata aktiviti kelab malam merekodkan jumlah yang dikompaun tertinggi iaitu 600 individu, diikuti penjarakan sosial (127) dan gagal merekod butiran pelanggan (14). […]

» Read more

Tindakan Mahkamah, Batal Lesen Menanti Pemilik Kelab Malam, Pub Ingkar PKPP

PUTRAJAYA, 1 Sept – Pemilik kelab malam dan pub yang beroperasi tanpa kebenaran dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bakal berdepan tindakan tegas termasuk dihadapkan ke mahkamah dan pembatalan lesen operasi, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata subsektor itu masih dikategorikan sebagai aktiviti yang dilarang sepanjang PKPP dan tindakan boleh diambil menurut Akta […]

» Read more

KETSA Bangunkan Mekanisme Kewangan Bagi Sektor Perhutanan

KUALA LUMPUR, 1 Sept – Kerangka Kewangan Pengurangan Pelepasan Gas daripada Pemusnahan dan Degradasi Hutan (REDD) Plus Finance Framework-RFF akan dibangunkan bagi meningkatkan kerjasama antara pihak swasta dan kerajaan negeri dalam menyalurkan dana kepada aktiviti pemeliharaan dan pengurusan hutan. Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata ia merupakan satu mekanisme kewangan bagi sektor perhutanan untuk menangani […]

» Read more
1 1,008 1,009 1,010 1,011 1,012 1,517